• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti 19 Parlimen, 31 DUN Kawasan Panas

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sehingga kini, polis Perak mengenal pasti 19 Parlimen dan 31 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas di Perak untuk dipantau supaya tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan berkata daripada jumlah itu, lima daerah dianggap paling panas dan pihaknya akan memantau dengan teliti supaya tidak berlaku kekacauan. Bagaimanapun beliau enggan menamakan kawasan paling panas itu.

Dalam pada itu, beliau berkata sebelum hari penamaan calon, kesemua ketua polis daerah di 15 daerah di negeri ini akan mengadakan perjumpaan bersama bakal calon, ejen, pencadang dan penyokong bagi meletakkan satu peraturan ke dewan penamaan calon.

“Ini bagi mengelakkan pertembungan berlaku di dewan-dewan penamaan calon. Pada hari penamaan calon pula, penyokong parti yang bertanding diminta untuk mengikut aturan atau arahan yang telah dipersetujui selain tidak mengadakan perarakan sebelum atau selepas penamaan calon,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.

Beliau juga meminta agar calon atau ejen parti memohon permit terlebih dahulu daripada Ketua Polis Daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengadakan ceramah semasa tempoh berkempen nanti kerana ceramah politik yang diadakan tanpa permit adalah salah mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, Hasnan mengingatkan agar semua bendera, sepanduk, risalah dan poster tidak mengandungi sebarang unsur-unsur yang berkecenderungan menghasut, mengaibkan serta berkemungkinan menimbulkan ketegangan atau gangguan kepada ketenteraman awam.

Beliau juga mengingatkan kesemua parti politik yang bertanding supaya mengelak mengadakan ceramah atau berkempen di kawasan berdekatan parti politik yang lain bagi mengelak ketegangan atau pergaduhan berlaku.

“Keutamaan pihak polis adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai terjamin ketika tempoh berkempen dan seterusnya dapat mengundi tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Katanya, 24 pusat penamaan calon dengan pengundi seramai lebih 1.1 juta akan mengundi di 778 pusat mengundi di seluruh negeri Perak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Hasnan Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8,900 Polis, PVR Perak Siap Siaga Hadapi PRU14

14/11/2017
0

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,...

Perak Hantar 450 Anggota Untuk Sukan SEA KL2017

06/08/2017
0

IPOH – Polis Kontinjen Perak menempatkan sejumlah 450 pegawai dan anggotanya untuk bertugas sepanjang penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd