• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummi Nazeera, Suami Bakal Timang Anak Sulung

oleh
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALHAMDULILLAH dan tahniah diucapkan buat pelakon, Ummi Nazeera dan suaminya iaitu Dr. Mohd. Izzar Anwari kerana bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi selepas disahkan hamil.

Difahamkan kandungan Ummi kini sudah mencecah empat bulan dan perkhabaran gembira itu turut diumumkan oleh pelakon wanita itu menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya beberapa jam lepas.

Menurut pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28, berkata, dia mengakui sangat gembira dan teruja dengan perkhabaran itu selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi itu.

“Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu dan ia memang berita yang sangat menggembirakan,” kata Ummi dipetik mStar Online.

Tambahnya lagi, perkhabaran gembira itu disedari ketika dia mengalami kecederaan pada kaki sewaktu menjalani penggambaran filem Gol & Gincu Vol 2.

Ujarnya, ketika berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki dia hamil. Namun selepas ujian dijalankan, keputusannya kelihatan samar-samar.

“Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu.

“Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti. Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,” ujar Ummi.

Pada masa sama, Ummi memberitahu tiga hari selepas itu dia sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusannya mengesahkan dirinya sememangnya tengah mengandung.

Apapun, sekalung tahniah kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan ini. Semoga Ummi dan kandungan dikurniakan kesihatan yang baik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ummi Nazeera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ummi Nazeera Bagi ‘Kaki’ Tak Mahu Anak Terlalu Manja

18/10/2018
0

PELAKON Ummi Nazeera berkata dia dan suami, Mohd Izzar sudah merancang untuk mendidik anak tanpa kemewahan kerana tidak mahu dia...

Ummi Nazeera Selamat Jadi Ibu

01/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Selangor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd