• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Manek Urai Lama Lega Rumah Mula Dibina

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kalangan mangsa banjir di Manek Urai Lama yang rumah mereka dihanyutkan arus banjir baru-baru ini kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Persekutuan mengotakan janji membina rumah baharu untuk mereka bermula hari ini.

Seorang penduduk, Rohani Abdul Majid, 71, bersyukur kerana kerajaan cepat membina semula kediaman untuk mangsa bencana itu bagi membolehkan penduduk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya tak dapat nak gambarkan perasaan apabila mendapati rumah yang didiami sejak berpuluh tahun dihanyutkan air kira-kira 50 meter sehingga terdampar di atas rumah jiran.

“Namun saya bersyukur kerana merupakan antara mangsa terawal menerima bantuan pembinaan rumah kekal yang dilancarkan kerajaan bulan ini,” kata Rohani ketika ditemui pemberita pada program tinjauan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai Lama di sini hari ini.

Pada program berkenaan, Najib turut meninjau pembinaan rumah kekal di atas tiang setinggi lapan kaki (2.4 meter) untuk lima mangsa banjir serta menyerahkan wang ihsan kepada lima penerima daripada kawasan berkenaan.

Rumah kekal berkeluasan 1,300 kaki persegi yang berharga RM48,000, diperbuat daripada konkrit dan mempunyai tiga bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu bilik air dan sebuah tandas.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menanggung kos baik pulih rumah mangsa banjir yang rosak di semua negeri terjejas banjir dengan peruntukan antara RM5,000 hingga RM10,000 mengikut kadar kerosakan.

Najib, dalam perutusan khas berhubung perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara baru-baru ini, antara lain berkata peruntukan tambahan RM500 juta disediakan sebagai bantuan permulaan untuk kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir di negeri yang terlibat banjir.

Ia sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhan RM787 juta.

Sementara itu, seorang lagi penerima Wan Nordin Wan ismail, 51, berkata beliau melihat sendiri rumahnya yang diperbuat daripada papan, dihanyutkan air deras banjir pada hari ketiga bencana itu berlaku.

“Saya yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Lama yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, hanya mampu melihat beberapa rumah termasuk kediaman saya dihanyutkan air deras pada waktu petang hari ketiga banjir melanda kawasan ini.

“Saya tak sempat nak selamatkan barangan dalam rumah kecuali membawa dua buah motosikal, itupun kedua-dua kenderaan itu turut tenggelam dalam air. Saya bernasib baik kerana motosikal dapat digunakan selepas dibaiki,” katanya.

Pesara guru, Mohamad Noh Hassan, 65, berkata walaupun banjir tersebut menyebabkan beliau kehilangan tempat tinggal, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menetap di situ.

“Semuanya ketentuan Ilahi dan saya redha. Saya akan terus menetap di sini kerana tapak rumah merupakan tanah pusaka daripada keluarga sebelah isteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd