• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mr. Grey’ Jatuh Sakit, Balik Kampung Untuk Berubat

oleh
26/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT terlalu kuat bekerja, pelakon utama drama Mr. Grey, iaitu Fendy Bakry kini bagaikan diserang satu penyakit misteri.

Dia dilaporkan mula mengalami sakit kepala dan badannya juga lemah sehingga tidak mampu untuk membuat apa-apa pekerjaan.

Disebabkan itu, pelakon watak utama bagi drama berkenaan kini sedang menjalani rawatan alternatif dengan berubat cara kampung di kediaman keluarganya di Perlis.

Fendy dikatakan mula mengalami simptom sakit itu sejak awal bulan ini lagi namun disebabkan dia mahu meneruskan penggambaran, digagahkan juga dirinya sehinggga mencapai tahap paling maksimum ketika menjalani penggambaran di ibu kota dan Melaka.

Menurut syarikat produksinya, iaitu Prokuya Studios, pelakon berusia 30 tahun itu secara tiba-tiba telah jatuh sakit dan dia terpaksa menunda segala komitmen seni sehingga kembali pulih dalam beberapa ketika.

https://www.instagram.com/p/Bh-uPX6ga8t/?taken-by=bambam_studios

“Fendy mengadu sakit kepala dan badan jadi lemah. Keadaan itu berlarutan hingga sekarang. Dia sedang dirawat di kampung dan kita berharap semua pihak mendoakan kesihatannya.

“Fendy juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan dirinya cepat sembuh,” kata Fadzil Zahari selaku pengurus besar.

Tambah Fadzil yang merupakan suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin, pihak mereka turut berasa kesal kerana kesemua temujanji bagi sesi fotografi bersama rakan media terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan Fendy yang tidak mengizinkan.

“Perkara itu amat dikesali. Fendy amat bersalah dengan apa yang terjadi. Kita juga tahu ada wartawan yang tidak mendapat maklum balas daripada Fendy sama ada melalui panggilan telefon atau kiriman mesej,” ujarnya.

Drama Mr. Grey turut dibintangi oleh pelakon Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah dan ramai lagi.

Ramai peminat turut mendoakan keseihatan pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu kembali seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC/AH


Tags: FENDY BAKRYMR. GREYNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd