• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Lancar Buku Panduan, Laman Web Bahasa Tamil

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya menerbitkan buku panduan Bahasa Tamil bagi pelajar Tingkatan Enam menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Katanya penerbitan buku tersebut merupakan satu kebanggaan kepada komuniti India terutamanya dalam sejarah pendidikan Bahasa Tamil di negara ini.

“Sebelum ini kementerian hanya menyediakan buku teks untuk mata pelajaran Bahasa Tamil dan buku rujukan dibeli sendiri para pelajar dari penerbit luar, manakala sekarang buku panduan disediakan kementerian merangkumi rujukan tambahan dan siri soalan peperiksaan STPM tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada media selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Laman Web Bahasa Tamil Tingkatan Enam di sini hari ini.

Katanya adalah diharapkan buku panduan tersebut dapat dimanfaatkan kepada hampir 800 pelajar STPM yang akan menduduki kertas peperiksaan Bahasa Tamil pada tahun ini.

“Jumlah pelajar yang mengambil subjek Bahasa Tamil juga telah meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu dan angka ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan.

“Oleh itu kementerian juga dalam perancangan untuk menambah bilangan guru Bahasa Tamil daripada 14 orang kepada 20 orang sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata segala latihan dan jawapan yang terdapat dalam buku itu juga boleb diakses oleh para pelajar di laman web yang disediakan iaitu btstpm.com.

“Melalui laman web ini para pelajar dapat mengetahui pelbagai info dan pengetahuan berkaitan dengan pendidikan Bahasa Tamil dan buku panduan ini juga akan diterbitkan dalam bentuk e-Book,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPMSTPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd