• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Wanita Hamil Dikecam Bentes Kaki Budak

oleh Haris
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan, tindakan anak-anak kecil yang berlari-lari di dalam restoran kadangkala menyebabkan orang ramai yang sedang menjamu makanan mereka berasa tidak selesa.

Situasi berkenaan selalunya hanya dibiarkan dan tidak diambil endah oleh mereka kerana memahami sifat kanak-kanak yang aktif dan barang kali sukar dikawal ibu bapanya sendiri.

Namun, seorang wanita hamil di China ini mendapat kecaman netizen apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menyaksikan dia membentes seorang kanak-kanak sehingga terjatuh tersebar dan menjadi tular.

Tindakan tidak matang wanita itu dilakukan di sebuah restoran di Baoji, wilayah Shanxi, China pada 19 April lalu dimulakan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang berlari masuk ke dalam sebuah kedai.

Sewaktu berlari masuk ke dalam, kanak-kanak berkenaan melalui tingkap plastik lut sinar yang berada di pintu masuk kedai dan secara tidak sengaja mengakibatkan langsir terkena wanita yang sedang makan bersama suaminya itu.

Terkesan dengan perkara itu, wanita hamil itu kemudiannya menunggu kanak-kanak berkenaan yang menghala ke kaunter untuk mengambil penyepit chopstick untuk ibu bapanya yang duduk di bahagian luar restoran tersebut.

Ketika budak lelaki itu melalui sebelahnya sewaktu ingin keluar, wanita yang mengandung tujuh bulan itu meletakkan kaki di hadapan kanak-kanak tersebut sebelum membentes kakinya menyebabkan dia terjatuh.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai, wanita hamil itu bersama suaminya langsung tidak berbuat apa-apa selepas kanak-kanak itu jatuh dan terus menjamah makanan mereka.

Perbuatan wanita itu disedari pelangan lain yang berada di dalam restoran tersebut dan sejurus ibu kanak-kanak itu bertanya mengenai apa yang berlaku, wanita hamil itu mengadu kurang sihat dan bergegas meninggalkan restoran tersebut.

Lapor South China Morning Post, kanak-kanak tersebut mempunyai masalah jantung sejak lahir dan insiden itu menyebabkan dia mengalami pening-pening dan ditahan selama dua hari di hospital.

Jelas ibu budak lelaki berkenaan, dia tidak sedar apa yang berlaku pada mulanya dan hanya mendapat tahu anaknya dibentes ketika diceritakan sendiri oleh kanak-kanak tersebut dan diperakui oleh tetamu lain di restoran itu.

Dia kemudiannya mendapatkan rakaman CCTV daripada restoran berkenaan dan membuat laporan polis.

Sejurus rakaman tersebut tersebar di internet, orang ramai mula mengecam tindakan wanita itu di laman sosial Weibo dengan beberapa dari mereka menyifatkan wanita tersebut sememangnya tidak layak mempunyai anak.

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa wanita hamil itu kemudian menyerahkan diri kepada pihak polis dan meminta maaf kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Malah, dia dan suaminya juga bersetuju untuk membayar segala kos rawatan kanak-kanak tersebut disebabkan kejadian itu.

Pihak polis mengarahkan wanita tersebut membayar denda sebanyak 1,000 yuan (RM620) dan dipenjara selama 10 hari, namun, mengambil kira keadaan wanita tersebut yang sarat mengandung, dia hanya perlu bayar denda. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Chinakanak-kanakterjatuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd