• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WhatsApp Bawah 16 Tahun Bakal Haram

oleh AK-47
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKHIDMATAN permesejan popular WhatsApp mengharamkan pengguna bawah 16 tahun daripada menggunakan platformnya di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Buat masa ini, pengguna harus berusia sekurang-kurangnya 13 tahun, tetapi firma itu bakal mengubah peraturannya sebelum pengenalan peraturan privasi data EU baru yang bakal dikuatkuasakan pada bulan Mei ini.

Aplikasi yang dimiliki oleh Facebook itu akan meminta pengguna mengesahkan umur mereka apabila diminta untuk bersetuju dengan terma perkhidmatan baru dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan bagaimana had umur pengguna akan disahkan secara tepat.

Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR), yang mula berkuatkuasa pada 25 Mei, akan memberi orang lebih banyak kawalan bagaimana organisasi-organisasi menggunakan maklumat peribadi pelanggan mereka.

Mereka juga berhak untuk memadamkan data peribadi mereka.

Ia juga termasuk perlindungan khusus untuk kanak-kanak daripada data peribadi mereka diperoleh untuk tujuan pemasaran atau untuk membuat profil pengguna.

WhatsApp, yang telah menghadapi kritikan atas amalan perkongsian datanya pada masa lalu, berkata langkah terbaru ini akan membantu untuk memenuhi “piawaian ketelusan yang baru” di EU.

Bagaimanapun, aplikasi itu merancang untuk mengekalkan had umur minimum 13 tahun di luar kawasan EU.

Ia juga akan membenarkan semua pengguna untuk memuat turun laporan yang memperincikan data yang diperoleh mereka sebagai sebahagian daripada terma perkhidmatannya yang baru, termasuklah jenama dan model peranti yang mereka gunakan, kenalan dan kumpulan mereka serta nombor yang disekat.

Facebook, yang juga dikritik kerana mengutip dan menyimpan data peribadi, mengambil pendekatan yang berbeza kepada pengguna muda.

Untuk mematuhi GDPR, syarikat media sosial tersebut meminta mereka yang berumur 13 hingga 15 tahun untuk mencalonkan ibu bapa atau penjaganya untuk memberikan kebenaran kepada mereka berkongsi maklumat kepada platform tersebut.

Sekiranya mereka mengingkari peraturan itu, mereka tidak dapat menggunakan versi platform yang dilindungi sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aplikasi WhatsAppKesatuan Eropah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

EU Diberi Amaran Kerana Labelkan IRGC Pengganas

EU Diberi Amaran Kerana Labelkan IRGC Pengganas

21/01/2023
0

TEHRAN: Perbadanan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya tidak membuat 'kesilapan' dengan menyenaraikannya sebagai...

Kesatuan Eropah Beku Aset Russia Lebih RM87 Billion

Kesatuan Eropah Beku Aset Russia Lebih RM87 Billion

11/12/2022
0

BRUSSELS – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) diketuai oleh Belgium dan Luxembourg telah membekukan aset berjumlah €18.9 bilion (RM87.7 bilion) milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd