• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pasaran Tepat Untuk Labur Wang – Fortune Magazine

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia adalah antara ‘tujuh pasaran membangun yang berbaloi atau tepat untuk pelaburan wang’, lapor majalah perniagaan popular, Fortune Magazine.

“Di Malaysia, kerajaan yang memerintah sekarang (Barisan Nasional) sedang berusaha sedaya upaya untuk terus kekal berkuasa di tengah-tengah desakan yang menuntut perubahan,” kata penulisnya, Ian Bremmer.

Dalam catatannya, beliau turut membangkitkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan langkah penstrukturan semula subsidi bahan api dan akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April depan yang disifatkan Bremmer sebagai usaha untuk memulihkan kedudukan fiskal kerajaan Malaysia.

Bremmer turut yakin bahawa Najib berkemungkinan memantapkan lagi Program Transformasi Ekonomi dengan memperkenalkan lagi rangsangan insentif cukai bagi pelabur asing.

“Langkah untuk terus meliberalisasikan sektor perkhidmatan perusahaan, juga tidak terkecuali.

“Ini satu usaha yang wajar ketika pertumbuhan terus perlahan di China (dan impak kelembapan itu turut dirasai di Malaysia) dan kerajaan Najib akan berasakan tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan awam terhadap infrastruktur, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Ini sememangnya baik, terutamanya jika pihak berkuasa, seperti dijangkakan, terus melakukan agenda pemulihan fiskal secara meluas dengan sokongan golongan pertengahan bagi menseimbangkan bajet negara menjelang 2020,” katanya.

Selain Malaysia, pasaran membangun lain yang turut dirujuk Fortune Magazine sebagai ‘Tujuh Yang Bertuah’ adalah India, Indonesia, Mexico, Columbia, Poland dan Kenya.

Rencana penuh itu disiarkan dalam edisi Februari 2015 majalah Fortune. – BERNAMA

Tags: pelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd