• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Rumah PPR Sentiasa Diselenggara – Rohani

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu sentiasa dipantau dan diselenggara bagi memastikan ia selamat untuk penghuninya terutama kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, selain itu rumah PPR ini juga perlu dibina dengan ciri keselamatan bagi memastikan ia selamat dan mesra kanak-kanak.

“Ini adalah penting berikutan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat terjatuh dari kediaman mereka di kawasan PPR,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menziarahi keluarga Muhammad Zul Hazriq Danish Aiden, 5, yang meninggal dunia selepas terjatuh melalui jurang di antara pagar besi yang sudah rosak ketika sedang bermain bersama abangnya di koridor tingkat enam, Blok B, PPR Seksyen 8, Kota Damansara di sini, semalam.

Rohani berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengkaji semula reka bentuk rumah PPR serta sentiasa memantau penyelenggaraan rumah-rumah tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Beliau berkata, perkara ini perlu dipandang serius memandangkan kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di kawasan itu seperti dimaklumkan oleh penduduk di kawasan itu, iaitu pada tahun lepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Blok D turut maut selepas terjatuh dari tingkat 14.

Rohani juga berharap orang ramai tidak cepat menuding jari dengan menyalahkan ibu bapa atas kemalangan itu kerana ia terjadi bukan berpunca daripada kecuaian sebaliknya atas faktor keselamatan di bangunan kediaman tersebut.

“Orang ramai jangan cepat nak salahkan ibu bapa kerana kemalangan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya menjaga anak-anak, kalau keadaan kawasan kediaman kita rosak sana-sini ia mungkin boleh terjadi kepada anda juga,” katanya.

Rohani juga berkata kementeriannya akan menawarkan khidmat kauseling kepada keluarga berkenaan bagi memulihkan semangat ibu kanak-kanak itu Nor Sahura Sahara, 35, serta empat lagi anaknya, Nur Diana Aiden, 15, Muhammad Zul Hisham Aiden, 12, Nur Aldira Aiden, 10 dan Muhammad Zul Haiqal Daniel,7, yang kehilangan anak dan adik bongsu mereka.

Hadir sama menziarahi Nor Sahura ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Norani Mohd Hashim yang turut menyampaikan bantuan RM400 sebulan kepada keluarga itu. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd