• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri & PM M’sia Dilukis Dari Belakang.. Motif??

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK serik-serik! Walaupun ada individu telah ditangkap kerana menghina Sultan Melayu namun kes demikian masih berlaku.

Terbaharu, sebuah pameran lukisan yang berlangsung di Singapura bulan lalu menyaksikan pelukis Malaysia, Vincent Leong mempamerkan potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dilukis dari posisi belakang.

Bukan itu sahaja, lukisan kelihatan seakan-akan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun dilukis juga dari sudut belakang turut dipertontonkan kepada awam.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, lukisan yang diberi tajuk Kenapamu Malaysia itu bukan sahaja menghina institusi beraja tetapi juga menjatuhkan Islam sebagai agama rasmi negara.

[BACA JUGA: Status FB Biadab: Melayu Anjing.. Jom Tukar Nama Malaysia]

pembentangan-kertas-kerja-oleh-ust-hazizi

“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa Raja boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang Di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?

“Institusi diraja akan menjadi tidak beerti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan Raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapaknya ialah institusi diraja,” ujar Mohd Hazizi kepada akhbar Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, menurut Hazizi lagi, pelukis seolah-olah ingin membuat provokasi apabila menukar slogan Keranamu Malaysia kepada ‘Kenapamu Malaysia’ bagi mempersoalkan keperluan wujudnya sistem beraja.

“Memang benar setiap individu mempunyai persepsi atau penilaian berbeza terhadap sesuatu hasil seni. Namun, kenapa pelukis memilih Raja sedangkan terdapat banyak objek lain boleh dilukis?” soalnya.

Berani buat, berani tanggung! Pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasat tujuan sebenar si pelukis menghasilkan lukisan tersebut dan andai terbukti ia mampu menggugat keharmonian negara dan boleh mencetus ketidaktenteraman awam maka tindakan harus diambil.

Ya, lukisan itu memanglah subjektif dan interpretasinya bergantung pada si pemerhati tapi kalau sudah terang lagi bersuluh subjeknya adalah Agong, memang dah tak jadi subjektif tetapi bermotif! -MYNEWSHUB.CC

Laporan Polis Terhadap Laman Menghina Agong Dan Pemimpin Negara

Tags: AgongPermaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd