• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepimpinan Tertinggi BN Akan Bantu Atasi Krisis MIC

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bantu dalam mengatasi kemelut parti MIC bagi mengukuhkan semula parti tersebut, kata Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak semalam untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan krisis yang melanda parti komponen BN itu.

Krisis yang melanda MIC jika dibiarkan, bukan sahaja menjejaskan parti itu tetapi juga BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, hari ini.

“Dengan keadaan yang sudah tercetus ini, kami (BN) perlu campur tangan. Saya fikir kami lihat kalau dibiarkan begitu, nampak tidak ada penyelesaian.

“Jadi pimpinan BN, Perdana Menteri dan saya sendiri, kami akan campur tangan untuk kebaikan parti itu dan BN,” katanya.

Muhyiddin berkata:” Paling utama ialah kepimpinan dalam parti … jadi saya lihat sekarang ini, presiden parti (Datuk Seri G. Palanivel) sudah tidak berapa orang kata terfokus.

“Saya bukan nak mengkritik tentang masalah ini sehingga tercetus pelbagai perkara yang seolah-olah luar kawalan, ini pastinya tidak baik,” katanya.

Beliau berkata pemimpin tertinggi MIC akan dipanggil dalam tempoh segera untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya bersandarkan peraturan dan perlembagaan parti itu.

“Sebagai contoh kalau ada suara mengatakan perlu ada pemilihan semula dan lain-lain lagi, kita nak lihat apakah yang ditetapkan dalam peraturan dan perlembagaan parti itu kerana kita tidak boleh bertindak di luar perlembagaan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga berharap agar semua pihak bertenang atas semangat setiakawan serta tidak melakukan perkara seperti ugutan yang langsung tidak menggambarkan imej parti yang baik.

Muhyiddin berkata apa yang penting pada masa ini adalah mengekalkan sokongan rakyat pada BN terutama masyarakat India untuk terus menyokong MIC.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis lepas, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan wujud ketidakaturan serta berlaku pelanggaran perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd