• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadi Ejen Fitnah Pembangkang – Najib

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASPADA… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak menjadi ejen kerosakan dengan menyebarkan fitnah dimainkan pembangkang pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran fitnah boleh memporak-perandakan hubungan persahabatan dan kekeluargaan malah, lebih teruk lagi, mampu bawa kehancuran serta kebinasaan kepada negara.

“Ini bukan kali pertama saya post perkara ini, tapi di musim pilihan raya ini semakin teruk fitnah-fitnah dilontarkan pembangkang, bagaikan #TsunamiPHitnah.

“Jadi, saya ingin ingatkan sekali lagi, usahlah kita jadi tali barut dan kuda tunggangan golongan tak bertanggungjawab ini,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan kononnya 15 juta sarung jari plastik dibekalkan pada PRU14 untuk membolehkan pemilih mengundi banyak kali.

Sambil menyifatkan fitnah itu sebagai ‘jahat’, gambar itu sebaliknya menjelaskan sarung jari berkenaan bukanlah seperti yang didakwa tetapi ia merupakan jari palsu untuk mereka yang terpotong jari terutama dalam kes gangster ‘Yakuza’ di Jepun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU14 dan 28 April sebagai hari penamaan calon sementara pengundian awal ialah pada 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd