• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dinasihati Jangan Rakus Teroka Hasil Laut

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sikap rakus segelintir nelayan yang mengaut hasil laut dengan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan seperti pukat tunda di kawasan persisiran pantai menyebabkan banyak kawasan yang menjadi habitat ikan dan hidupan laut musnah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata keadaan itu juga menyebabkan hasil laut di negeri ini semakin hari semakin pupus sekali gus hasil tangkapan nelayan juga berkurangan.

“Mengikut kajian yang dijalakankan oleh Pengurusan Sumber Perikanan Negara, sumber ikan di perairan negara kini mengalami kemerosotan sehingga 50 peratus sejak tempoh 50 tahun kebelakangan ini.

Ia tidak termasuk 30 peratus kemerosotan sumber ikan permukaan (pelagik) dan kita tidak mahu nelayan di negeri ini juga menjadi penyumbang kepada angka berkenaan.

Sehubungan itu kita mahu hal ini dipandang serius oleh semua nelayan kerana yang menanggung masalah itu adalah golongan nelayan itu sendiri,” katanya pada program penyerahan bantuan titik sentuhan kepada nelayan di Kampung Kuala Penor di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan Pahang, Azahari Othman serta Pegawai Penyelidik Agensi Remote Sensing Malaysia, Wan Muhd Azran Muhamad Zuki.

Pada majlis itu Shafik turut melepaskan sebanyak 4,000 benih ikan siakap di pangkalan nelayan Kampung Kuala Penor.

Katanya kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa cuba membantu menambahkan kawasan pembiakan dengan meletakkan tukun-tukun bernilai ratusan ribu ringgit di laut, tetapi isu kekurangan ikan ini hanya dapat diatasi dengan kerjasama semua nelayan.

Sementara itu, pada program berkenaan seramai lima orang wakil nelayan turut menerima kata laluan bagi penggunaan aplikasi sistem “Fishing Sites Identification” (FSI) bagi memudahkan kerja penangkapan ikan nelayan setempat.

Azahari berkata, aplikasi berkenaan dibangunkan secara bersepadu oleh empat agensi kerajaan iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Jabatan Perikanan Malaysia , Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

“FSI adalah satu inisiatif baru di mana ia merupakan aplikasi teknologi satelit bagi penentuan lokasi penangkapan ikan secara moden yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, seterusnya boleh menjana pendapatan yang lebih besar kepada nelayan,” katanya.

Beliau berkata nelayan boleh mengurangkan kos operasi serta mengurus masa dengan lebih baik kerana mereka akan terus ke kawasan lokasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sistem FSI di telefon pintar mereka.

“Setakat ini di Pahang, seramai 15 orang nelayan pesisir pantai di Kuantan,Temerloh dan Rompin telah diberikan kemudahan melalui kata laluan sistem ini dan ia akan diteruskan kepada lebih ramai nelayan bot kecil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem FSI Bantu Nelayan Pertingkat Hasil Tangkapan

19/04/2018
0

KUANTAN - Nelayan di Pahang disaran menggunakan Aplikasi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) bagi mengurangkan kos operasi menangkap ikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd