Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

LZNK Sumbang 24,000 Kampit...

YAN : Lembaga Zakat Kedah (LZNK) akan menyumbang 24,000 kampit beras bernilai RM284,000...

Umum Panglima Baharu ATM...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diterajui oleh panglima yang baharu...

“Jerebu Hilang Malam Ini...

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yakin fenomena jerebu yang berlaku kini...

Satu DNA Asing Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini dalam perbicaraan...

Sistem FSI Bantu Nelayan Pertingkat Hasil Tangkapan

KUANTAN – Nelayan di Pahang disaran menggunakan Aplikasi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) bagi mengurangkan kos operasi menangkap ikan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata sistem FSI lebih efisien penggunaanya berbanding sistem sedia ada iaitu Sistem Penentududukan Global (GPS) dan sistem sonar yang telah lama diguna pakai.

“Setakat ini difahamkan hanya sebanyak 10 peratus daripada 30,000 nelayan di Pahang menggunakan sistem FSI untuk mengesan lokasi penangkapan ikan sedangkan sistem ini dapat membantu nelayan mengurangkan kos operasi sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun.

Malah ia juga dapat membantu nelayan menjimatkan masa kerana mereka akan terus ke kawasan lokasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sistem FSI,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Lonjakan Aplikasi Sistem FSI Zon Pantai Timur di Pusat Biosekuriti Perikanan di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan Pahang, Azahari Othman dan Pengarah Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) Terengganu Raja Abidin Raja Hassan.


Shafik berkata sistem berkenaan juga dilihat sesuai untuk diluaskan penggunaannya kepada nelayan pesisir pantai dan pukat hanyut selain nelayan laut dalam usaha untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka.

“Hasil pendaratan ikan terutamanya ikan dasar dapat ditingkatkan sebanyak 50 peratus,”katanya.

Sehubungan itu, katanya program seperti itu diadakan oleh kerajaan bagi memberikan lebih pendedahan kepada nelayan di negeri ini untuk membantu menyelesaikan masalah hasil tangkapan berkurangan yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Program sehari itu turut disertai lebih 26 orang peserta dari Pahang, Terengganu, dan Kelantan. – BERNAMA

Kategori