• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeffrey Kitingan Terima Notis Muflis Mahkamah Sesyen

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Notis kebankrapan telah disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, empat hari sebelum pencalonan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) dijalankan pada April 28.

Dalam notis yang disiarkan oleh akhbar New Sabah Times dan Daily Express pada 24 April, Dr. Jeffrey diberikan tujuh hari bermula hari ini untuk membayar sejumlah RM480,408.50 kepada ahli perniagaan James Lee Yau Cheong sejajar dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Mac, 2018.

Notis muflis dikeluarkan atas nama Datuk Dr. Gapari Bin Katingan @Geofrrey Kitingan, nama dalam MyKad Dr. Jeffrey.

Ketika dihubungi, Jeffrey yang merupakan presiden STAR Sabah, berkata bahawa beliau telah meminta peguamnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengetepikan notis muflis.

“Saya tidak percaya ia akan menjejaskan rancangan saya untuk bertanding dalam pilihan raya. Peguam saya mengambil tindakan yang perlu.

“Perkara seperti ini biasa berlaku sebelum pilihan raya,” katanya, sambil menambah bahawa partinya sudah bersedia untuk pemilihan.

Jeffrey berkata beliau merancang untuk berpindah dari kerusi DUN Bingkor untuk bertanding untuk kerusi Tambunan yang dipegang oleh abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan presiden Parti Bersatu Sabah sejak tahun 1976.

Beliau juga bercadang untuk bertanding di kerusi parlimen Keningau.

STAR Sabah adalah sebahagian daripada parti perikatan gabungan empat parti pembangkang yang akan mencabar Barisan Nasional. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bankrapjeffrey kitinganPRU14Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd