• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Kanan Didakwa Terima Suapan RM25,000

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang jurutera kanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM25,000 bagi pemberian kontrak kepada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.

Tertuduh Azizan Mohamed Yassin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Azizan yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai (ketika itu) didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan bernilai RM25,000 daripada Abu Bakar A. Aziz.

Suapan itu yang dibayar menggunakan akaun Maybank milik Zaharah Ahmad adalah sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan parkir kenderaan jabatan berbumbung di JKR Daerah Kulai kepada Abu Bakar selaku kontraktor.

Kesalahan dilakukan di Maybank Cawangan Taman Universiti, Jalan Kebudayaan 4, Taman Universiti, Skudai di sini kira-kira 4.03 petang pada 23 Oktober 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Khazrin Hafiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan tertuduh diikat jamin RM30,000, selain meletakkan syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai.

Pihak pembelaan, bagaimanapun membantah tawaran itu kerana menganggap jaminan tidak seharusnya bersifat hukuman selain mengambil kira tertuduh dihimpit beban kewangan selepas membayar wang jaminan RM20,000 bagi kes lain yang dibicarakan tahun lepas.

Azi Azlin memohon jaminan paling minimum iaitu kira-kira RM8,300, mengambil kira satu pertiga daripada jumlah rasuah iaitu RM25,000.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 Mei. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: juruteraKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd