• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Motosikal Bawah Jambatan Dirempuh Treler

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tiga penunggang yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jambatan Jalan Kuala Selangor, dekat Sierramas, di sini, berdepan detik cemas apabila motosikal mereka dirempuh sebuah treler, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu jam 12.30 tengah hari, semua penunggang tidak cedera dan hanya motosikal yang rosak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kemalangan berlaku ketika semua penunggang yang dari arah Kepong ke Sungai Buloh berhenti berteduh ketika hujan.

“Berdasarkan maklumat daripada seorang mangsa lelaki berusia 29 tahun, treler tanpa muatan itu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh beberapa motosikal di lokasi.

“Mangsa dan dua lagi penunggang tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin 12 motosikal rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan ketika berteduh daripada hujan di bawah jambatan di Kilometer 258 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Port Dickson.

Dalam kejadian jam 2 petang, motosikal berkenaan rosak teruk selepas terperosok di bawah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta Perodua Axia.

Kejadian ini turut mendapat perhatian Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye yang menegaskan pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya perlu mengkaji semula reka bentuk serta lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang dan pembonceng motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya tidak masih tidak dapat menentukan jumlah sebenar motosikal yang dilanggar dalam kejadian itu kerana hanya dua daripada mangsa yang membuat laporan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

Tags: dirempuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Kebakaran Rumah Ngeh Koo Ham, Polis Tahan Seorang Suspek

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

12/01/2024
0

KOTA BHARU: Dua beradik yang parah dirempuh sebuah lori agensi penyelamat di Jalan Pantai Damat, Bachok hampir dua tahun lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd