• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM101,000 Dirampas Di Iskandar Puteri

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis termasuk ganja, heroin dan syabu bernilai RM101,000 dalam satu serbuan di Iskandar Puteri, dekat sini, Khamis lalu (19 April).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor ACP Lukas Aket berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang dipercayai penjual dadah, turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Pihak JSJN telah melakukan serbuan bermula pada pukul 5 petang hingga 7 petang di sekitar kawasan Iskandar Puteri. Serbuan dilakukan terhadap sebuah kenderaan kereta jenis Toyota Vios yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan lanjut anggota kita telah menemukan 25 bungkusan seberat 26 kilogram (kg) dadah disyaki ganja, 1.3 kg dadah jenis heroin dan 250 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM101,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM1,500 dan kereta jenis Toyota Vios.

Tambahnya, kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan sementara bekalan dadah berkenaan dipercayai datang dari utara tanah air.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan ahli-ahli (kumpulan) suspek ini. Kita juga percaya suspek telah aktif menjalankan aktiviti ini selama tiga bulan,” tambah Lukas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja) serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 20 April lepas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd