• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk, Pelancong Terganggu Air Paip Teh Tarik

oleh
23/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TAHAN – Lebih 1,100 penduduk dan pelancong di Kuala Tahan mengalami gangguan air apabila air paip dari sebuah empangan takungan air Sungai Tabung keruh menyamai ‘warna teh tarik’.

Rata-rata penduduk merupakan pengusaha pelancong dan pusat peranginan terpaksa berhadapan dengan masalah tersebut sejak 16 Mac lalu sehingga mereka dan para pelancong tidak dapat mandi.

Tidak ketinggalan juga restoran dan kedai makan yang menggunakan air tersebut sebagai sumber utama mencari rezeki terpaksa menutup premis mereka.

Restoran dan Kedai makan di Kuala Tahan turut terima gangguan air.

Hujan lebat turun di kawasan tadahan air berkenaan pada 20 April lalu lebih memburukkan lagi kondisi air.

Ahli jawatankuasa badan bukan kerajaan Bird Group, Wan Juhaizan Wan Putin, 42, berkata mereka telah menghubungi pegawai perhutanan daerah Jerantut yang kemudian mengaturkan sebuah ekspedisi ke kawasan tadahan air bagi menyiasat punca kejadian.

“Kami telah pergi ke kawasan empangan dan mata air sungai yang mengalir ke empangan tersebut. Kami mendapati bahawa air tersebut menjadi keruh kerana lumpur dari kawasan hutan yang lebih tinggi mengalir masuk ke empangan tersebut.

“Lumpur tersebut terhasil dari aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan punca air dan telah mencemarkan sumber air yang digunakan penduduk terutamanya apabila hujan,” katanya pada Astro Awani.

Air sungai yang terjejas boleh menjejaskan sektor pelancongan.

Menurutnya lagi, sesi dialog diadakan di antara pihak jabatan perhutanan daerah, wakil syarikat kontraktor pembalakan dan penduduk bagi membincangkan jalan penyelesaian masalah berkenaan.

Hasil perbincangan tersebut memutuskan aktiviti pembalakan akan dijarakkan sedikit dari sumber air penduduk.

Jelas Wan Juhaizan, penduduk mula risau andai krisis air ini berulang dan menjejaskan jumlah pelancong yang datang ke Taman Negara berkenaan.

Tambahan pula, lebih 80 peratus penduduk di kawasan ini bergantung kepada sektor pelancongan.

Tangki simpanan air telah disediakan oleh penduduk sebagai jalan menangani masalah tersebut buat sementara waktu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: airKuala Tahanpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd