• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Nyata Iltizam Terus Bantu Kedah Tingkat Ekonomi

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan iltizam kerajaan pusat untuk terus membantu Kedah agar tidak tercicir dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.

Beliau berkata Kedah sewajarnya mendapat bantuan kerajaan Persekutuan untuk terus berkembang memandangkan negeri itu mempunyai hasil yang terhad dengan hanya bergantung kepada sektor pertanian.

“Kalau (terus) bagi mandat kepada kita (Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14) kita akan terus membantu negeri Kedah.

“Macam-macam projek lain lagi kita akan bagi termasuk untuk meningkat ekonomi negeri seperti Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam, naik taraf lapangan terbang di Alor Setar termasuk penambahan loji air,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Pembinaan Hospital Pendang dan Majlis Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Perdana menteri berkata ia turut disokong dengan kemampuan ekonomi negara kini yang semakin mengukuh.

“Dijangkakan pada tahun ini ekonomi negara akan berkembang lagi sejajar dengan pengiktirafan badan antarabangsa seperti Bank Dunia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan terus komited melaksanakan pembangunan secara inklusif supaya tiada mana-mana pihak tercicir dalam arus pembangunan itu.

“Inilah politik BN untuk menolong dan membantu rakyat dan bukannya politik pembangkang yang mai (datang) sekali-sekala (untuk membantu rakyat),” katanya.

Berhubung Hospital Pendang, Najib berkata projek pembinaan hospital itu akan bermula pada 7 Mei ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM210 juta.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya telah pastikan penantian begitu lama penduduk di sini sudahpun berakhir,” katanya.

Najib berkata beliau telah berunding dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha supaya memastikan pelantikan kontraktor bagi projek hospital itu dapat disegerakan.

“Saya tidak mahu datang ke Pendang dengan tangan kosong kerana saya tahu penduduk mahu hospital baharu.

“Saya mahu cari jalan bagaimana mahu jumpa satu kaedah jalan pintas lantik kontraktor dengan kaedah paling sesuai supaya saya boleh lancarkan projek hospital ini,” katanya.

Bagi memastikan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di Pendang, beliau berharap pengundi di kawasan Parlimen itu terus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd