• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Detik-detik Imam Palestin Bersama TV AlHijrah

oleh
22/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBUNUHAN misteri seorang Imam Palestin semalam masih menjadi topik hangat diperbualkan dalam masyarakat. Allahyarham sudah lama berkecimpung di Malaysia termasuklah pernah bersama-sama dalam TV Al-Hijrah.

Seorang wartawan TV Al-Hijrah, Muhammad Syafiq Azman, berkongsikan pengalaman peribad bersama Dr. Fadi M. R. Albatsh dan keluarga warga Palestin tersebut dalam menjayakan program Majalah Islam terbitan TV Alhijrah di rumah allahyarham.

Bersama Syafiq, beberapa kru lain dari TV Al-Hijrah turut membantu menjayakan rakaman TV tersebut bertemakan sambutan Aidilfitri rakyat Palestin di Malaysia.

“Saya belikan baju Melayu warna maroon di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhadapan pasar raya Sogo untuk tujuan penggambaran itu. Fadi tak pernah memiliki baju Melayu dan cukup gembira menerima baju itu.

“Saya kira, Fadi hanya akan memakainya ketika penggambaran. Tetapi pada hari raya, Fadi mengenakan baju itu dan hantar gambarnya usai solat raya kepada saya. Rupanya beliau memang suka dengan baju itu,” kata Syafiq melalui laman media sosial Facebook.

allahyarham kiri ketika dikunjungi kru-kru dari TV AlHijrah
Allahyarham isteri dan tiga anaknya

Syafiq pernah meminta Fadi membuat video ucapan ulang tahun TV Alhijrah yang keenam dan dapat dikongsikan rakaman tersebut melalui media sosial.

Tambahnya, mereka juga pernah berjumpa lagi selepas rakaman video itu dan sering berhubung melalui Whatsapp berbicara berkenaan kerja dan berkongsi informasi tentang perjuangan rakyat Palestin termasuklah mengenai kekejaman Israel ketika Great March of Return di Gaza.

Namun, kesibukan kerja menyebabkan wartawan itu tidak berkesempatan untuk membalas semua Whatsapp berkenaan.

allahyarham bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dalam temu ramah bersamanya sebelum ini allahyarham pernah bercerita mengenai bapa saudaranya yang dibunuh oleh ‘laknatullah’ Zionis Israel di sempadan Gaza. Fadi sendiri ketika itu tidak mengetahui bapa saudaranya seorang tentera Al-Qassam dan dapat berita berkenaan setelah bapa saudaranya gugur syahid.

Syafiq yang menyifatkan bahawa kejadian yang menimpa Fadi adalah pembunuhan terancang turut berasa sedih dan simpati terhadap keluarga mangsa. Namun, dia pasti pemergiannya adalah sebagai seorang syahid dan kejadian tersebut ada hikmahnya.

“Orang baik tuhan pendekkan umurnya supaya cepat ke syurga,” ujarnya lagi.

Terdahulu, allahyarham Fadi seorang hafiz Al-Quran telah mendapat anugerah kecemerlangan akademi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis.

 

Fadi terbunuh ketika dalam perjalanan menuju ke Surau Medan Idaman

Setiap kali menjelang Ramadan, jadualnya agak padat sebagai imam tarawih di masjid dan surau. Cintanya beramal di tempat suci itu sehingga pengakhiran hidupnya juga dalam perjalan menuju ke kawasan ibadah umat Islam ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Imam PalestinTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd