• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Anugerah, Pemangkin Ahmad Idham Terus Berjaya

oleh
21/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH dan penerbit Ahmad Idham menyifatkan Anugerah Personaliti Industri Usahawan Malaysia 2018 diterima sebagai pemangkin untuk terus capai kejayaan dalam industri perfileman tempatan pada masa depan.

Idham dipetik portal  Astro Gempak berkata pengiktirafan itu amat bermakna selain menyifatkan ia sebagai hadiah istimewa buat dirinya.

“Apabila menerima anugerah dari orang luar bukan dalam industri hiburan ini, mungkin menjadi petanda yang menjawab persoalan saya selama ini berjuang dalam industri yang seringkali menerima kecaman dan tiada sokongan,” kata Idham.

Tambah Idham lagi, anugerah tersebut juga sebagai bukti kepada usahanya yang berterusan tidak kira sama ada apa yang dilakukannya mungkin selama ini betul atau tidak.

“Hari ini kita harus melahirkan lebih ramai pejuang industri untuk kemajuan bidang seni dan menghapuskan permainan kroni yang selama ini kita tahu,” tambahnya.

Selain daripada itu, Idham secara peribadi juga berpandangan bahawa industri perfileman tanah air sebenarnya sudah bersih. Namun katanya, masih wujud segelintir pihak yang bertindak ‘mengotorinya’.

Sehubungan itu, pengarah tersebut menggesa agar semua pihak tidak gentar untuk memperjuangkan kebenaran demi memajukan industri seni filem tempatan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ahmad Idham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd