• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Musnahkan Usahanya Sendiri Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi calon pembangkang di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini hanya akan memusnahkan apa yang dibangunkannya selama menjadi Perdana Menteri dahulu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengumpamakan tindakan bekas Perdana Menteri itu seperti cubaan meroboh rumah yang dibina selama 22 tahun hanya kerana orang lain yang menggantikannya ingin memperbaiki lagi keadaan rumah berkenaan.

“Kita ini ada orang datang tolong buat rumah kita ucap terima kasih kerana bantu buat rumah kami. Lepas itu sudah tinggal lama orang lain pula mari (datang), ubah suai pula rumah bagi cantik lagi, berterima kasihlah kepada orang baru yang mencantikkan lagi kawasan kita ini,” katanya .

Berucap di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Langkawi yang berlangsung di Kompleks Pekan Rabu di sini, beliau berkata rakyat di sini tidak perlu mendengar tohmahan yang dilemparkan pembangkang yang tidak akan membawa apa-apa faedah kepada mereka.

“Kita hendak masa depan anak cucu kita lebih senang daripada apa yang kita perolehi hari ini,” katanya.

Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata sejak pelancaran program Jualan Sentuhan Rakyat ini, Langkawi menjadi daerah yang mencatatkan jualan tertinggi di Kedah.

“Ini menunjukkan rakyat Langkawi sentiasa mahu terlibat dengan program-program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Menurutnya kementerian juga akan membuat penyelidikan untuk mengenalpasti premis perniagaan bersesuaian bagi penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia baharu (KR1M 2.0) di Langkawi.

Katanya program-program ini bukannya dilakukan kerana pilihan raya semakin dekat tetapi telah dirancangkan oleh kerajaan lebih satu tahun lepas bagi memastikan rakyat memperolehi manfaat daripadanya.

Beliau berkata program ini juga adalah salah satu bukti keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memahami denyut nadi rakyat. – BERNAMA

Tags: LangkawiTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd