• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN N. Sembilan Lancar Portal Www.bnns2rakyat.com

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini melancarkan portal www.bnns2rakyat.com yang memaparkan pencapaian 44 Aku Janji BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk diteliti rakyat.

Pencapaian 44 Aku Janji itu yang memaparkan kejayaan dicapai BN sepanjang tahun 2013 hingga 2017 itu dilancarkan Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Aku Janji iaitu bukti bukan sekadar janji telah pun kita laksanakan. Ada 45 Aku Janji pada PRU13 dan kita telah buat kesemua 44 Aku Janji itu. Satu itu memang kita tak mahu buat kerana ia berbentuk kemahuan bukan keperluan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran manifesto BN Negeri Sembilan dan portal www.bnns2rakyat.com di sini yang turut dihadiri pemimpin parti komponen BN serta 5,000 penyokong.

Portal itu turut mengandungi imbasan kejayaan yang ditempa 12 sektor yang menyokong ke arah perkembangan ekonomi dan pembangunan negeri dalam memastikan seluruh rakyat hidup aman, makmur, selesa dan selamat.

Kesemua 12 sektor itu ialah perkhidmatan awam, hal ehwal agama Islam, alam sekitar, infrastruktur, kesejahteraan rakyat, kesihatan, pelancongan, pendidikan, perindustrian, pertanian, perumahan serta belia dan sukan.

Selain itu, portal itu juga turut memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ia turut memuat naik manifesto BN bagi tempoh 2018-2022 yang bertemakan ‘Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat’ dengan menggariskan dua teras utama dan 18 inisiatif untuk tatapan umum.

Selain itu, manifesto itu turut menyenaraikan dua pelan jangka panjang yang dirangka BN iaitu ke arah menjadikan Negeri Sembilan Moden 2045 dan Skim Mensejahterakan Rakyat.

Portal berkenaan turut dilengkapkan dengan video dan sisipan media sosial untuk membolehkan rakyat berinteraksi secara terus bersama Mohamad. – BERNAMA

Tags: BNNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd