• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Kerugian RM9,000 Ditipu ‘Inspektor’

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM9,000 selepas diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu telah menerima panggilan daripada suspek pada 4.15 petang semalam yang memperkenalkan diri sebagai inspektor polis dari Bahagian Narkotik IPD Jerantut.

“Suspek meminta wang daripada mangsa sebanyak RM5,000 bagi melepaskan dua orang anak mangsa yang didakwa berada dalam tahanan polis.

“Mangsa dari Felda Jengka 24 kemudian telah diminta untuk ke sebuah bank di bandar Jerantut dan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun yang diberikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya selepas melakukan transaksi pertama, mangsa menerima sekali lagi panggilan daripada suspek, memintanya menambah RM4,000 lagi wang tebusan ke dalam akaun baharu yang diberikan suspek.

Selepas membuat transaksi kedua itu, katanya mangsa telah diminta menunggu selama 30 minit di hadapan IPD Jerantut.

Namun, mangsa yang menunggu hampir satu jam tidak menerima sebarang panggilan daripada suspek menyebabkan mangsa merasa ditipu dan telah masuk ke dalam balai berkenaan untuk membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: kes tipusuri rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

02/09/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di halaman terkejut apabila mendapati seorang lelaki memanjat tembok untuk menceroboh rumahnya...

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd