• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Selar DAP Tuduh Tan Seng Giaw Pengkhianat

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar anggota parti pembangkang DAP kerana menggelar pemimpin setia dan veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw sebagai pengkhianat dan ‘anjing suruhan’.

Dalam catatan terbaru beliau di Twitter, Najib memetik satu artikel dalam sebuah akhbar tempatan dan berkata “amat menyedihkan melihat seorang ahli politik veteran dan berprinsip telah dihina hanya kerana beliau berpegang pada kebenaran”.

“Jika beginilah cara DAP melayani orang mereka sendiri, boleh dibayangkan bagaimana mereka akan melayani rakan-rakan ‘sementara; mereka sekiranya mereka berkuasa?” soal beliau.

Dalam artikel bertajuk ‘DAP loyalist branded ‘running dog’ for speaking truth’ (pemimpin setia DAP digelar ‘anjing suruhan’ kerana bercakap benar) diterbitkan pada Khamis, Dr Tan turut mempersoalkan rasional dan motif disebalik tindakan anggota DAP melabelkan beliau sebagai “anjing suruhan” dan pengkhianat parti.

Dilaporkan Dr Tan didakwa telah tidak disenangi oleh pucuk pimpinan DAP kerana pada 2016, sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, beliau telah menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tan juga mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung pengurusan alam sekitar – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTan Seng Giaw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd