• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yinson Bekerjasama Dengan Sumitomo Bagi FPSO, FSO

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yinson Holdings Bhd dan Sumitomo Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam operasi projek pengeluaran penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) dan unit penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO) di seluruh dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Yinson berkata di bawah MoU tersebut, syarikat akan menyelia dan menjalankan keseluruhan pelaksanaan projek dan Sumitomo akan melaksanakan usaha mendapatkan logistik dan pembiayaan yang kompetitif selain meningkatkan keseluruhan rantaian nilai daripada huluan kepada hiliran daripada sebarang projek yang terpilih.

“Kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan kapasiti ekuiti Yinson untuk menjalankan projek FPSO dan FSO yang lebih besar serta menyediakan akses kepada rangkaian perniagaan global Sumitomo dan kepakaran tempatan dengan 108 asas operasi di 65 buah negara.

“Dengan gabungan pengetahuan dan kepakaran Yinson dalam perniagaan FPSO dan FSO serta kekuatan kewangan dan rangkaian Sumitomo, kerjasama tersebut dijangka mempunyai potensi yang tinggi dalam meraih projek baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: YINSONYinson Holdings Bhd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yinson Akan Jual 26 Peratus Pegangan Anak Syarikat

04/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Yinson Holdings Bhd (YHB), akan menjual 26 peratus ekuiti dalam Yinson Production...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd