• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2018 Tahun Bertuah, Masdo Terbang Ke London

oleh
20/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU, kumpulan indie ini dikenali dengan nama The Lipstik, tetapi akibat rombakan ahli kumpulan pada beberapa tahun lalu, mereka kini lebih dikenali sebagai Kugiran Masdo!

BACA: Dekati Peminat, Masdo Jual CD Ketika Persembahan

JUGA: Noh Puji Kugiran Masdo ‘Hadir’ Pada Masa Betul

Tahun 2018 boleh dikatakan sebagai tahun bertuah mereka apabila band yang membawa genre muzik tahun 1960-an itu mula dikenali semula dalam kalangan anak muda generasi kini.

Kugiran Masdo kini dikatakan bakal terbang ke London pada Ogos hadapan untuk merakamkan single terbaharu mereka disana!

“Sukar untuk digambarkan perasaan teruja masing-masing apabila mendapat tawaran merakamkan lagu di sana daripada pemain gitar The Bootleg Beatles ketika kami menjayakan persembahan pada konsert jelajah kumpulan itu di ibu kota, tahun lalu.

“Kami turut dapat bantuan AG Coco dan kumpulan Hujan sebagai persiapan untuk buat rakaman di sana. Kebetulan, pemain dram kami juga adalah ahli kumpulan Hujan,” kata Ali selaku vokalis Kugiran Masdo kepada BH Online.

Kini, mereka masih lagi melakukan beberapa persiapan terakhir terutamanya daripada segi vokal dan instrumen dalam persembahan.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada empat orang anak muda berbakat besar iaitu Asmawi (gitar), Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (pemain bes) dan Ali selaku vokalis.

Kumpulan mereka mula dikenali semula selepas mendapat perhatian peminat ketika siri jelajah Festival GegaRia anjuran Media Prima Berhad.

Malah, band yang menyanyikan lagu Teruna Dan Dara itu turut sering membuat persembahan di setiap lokasi jelajah berkenaan, sehingga membuatkan ramai peminat menanti-nantikan kehadiran mereka.

https://www.instagram.com/p/Bhawj_FH3s5/?taken-by=kugiranmasdo

Jika penyanyi lain menggunakan medium digital untuk memasarkan lagu, keempat-empat anak muda Kugiran Masdo ini lebih memilih untuk menjual cakera padat dan baju-T kumpulan berkenaan di setiap lokasi jelajah.

Sebelum ini, mereka menjayakan setiap lokasi jelajah Festival GegaRia bermula pada 13 Januari lalu di Shah Alam, Selangor dan akhir sekali menutup tirai dekat Sungai Petani, Kedah pada minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Kugiran MasdoNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd