• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaid Ibrahim Luah Berjaya Dipermainkan Oleh DAP?

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP sejak setahun lalu hari ini mendedahkan mengapa beliau berasa amat kecewa dengan parti Cina itu.

Zaid dalam catatan peribadinya menerusi sebuah laman blog mendedahkan, beliau pada awalnya berasa teruja apabila ditawarkan oleh DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor kira-kira 12 bulan lalu.

“Saya agak teruja apabila DAP tawarkan saya kerusi Gelang Patah 12 bulan lalu kerana ia kawasan urban dan sesuai dengan saya.

“Namun, selepas tiga bulan, saya diberitahu tawaran itu bagaimanapun bergantung kepada perkara lain dan kemudian ia dibatalkan.

“Pemimpin DAP beritahu saya boleh bertanding di kerusi Parlimen Bentong, Pahang jika saya berminat. Saya kata ia tidak sesuai untuk saya,” katanya.

Zaid yang pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau tidak mahu bertanding di Bentong kerana bukan “giant killer” dalam politik menentang penyandangnya, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Malah ujarnya lagi, beliau telah berterus terang kepada pihak DAP bahawa dirinya langsung mempunyai sumber yang terhad sejak tidak bekerja sepenuh masa lapan tahun lalu.

Sedihnya tambah beliau, sejak itu DAP terus senyap mengenai tawaran pemberian kerusi untuknya bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan.

“Apabila saya hantar mesej pada 27 Mac lalu bertanya adakah saya diberikan kerusi untuk bertanding, langsung tidak dijawab,” kata Zaid dengan nada amat kesal.

Justeru, katanya, beliau tiada sebarang masalah jika memang tidak dapat diberikan sebarang kerusi oleh DAP, tetapi kecewa dengan sikap ditunjukkan ke atas dirinya.

Terdahulu, beliau dalam catatannya mempertahankan kenyataannya yang menyebut DAP adalah parti Cina.

Katanya, beliau mengeluarkan pandangan DAP parti kaum Cina selepas kira-kira setahun menyertai DAP dan melihatnya bukan suatu perkara yang salah.

“Menyebut DAP parti Cina tidak sama seperti mengatakan DAP parti rasis. Bila kita kata UMNO parti Melayu adalah betul.

“Betul UMNO ada ahli Kadazan, tetapi secara etnik mereka sebahagian besarnya bersifat monolitik dalam watak. Oleh itu mengapa menyebut DAP parti Cina pula dianggap berbeza,” katanya.

DAP yang mendominasi Pakatan Harapan sebelum ini berulang kali mendakwa parti itu bukan parti Cina, sebaliknya ia konon parti untuk semua kaum di Malaysia.

Ironinya, majoriti pimpinan dan ahlinya terdiri daripada bangsa Cina dan sering melaungkan kepentingan kaum itu dalam segala agenda politiknya.

“Masalahnya dengan MCA ialah mereka menjadi terlalu patuh dan tunduk dalam hubungan mereka dengan UMNO dan itulah sebabnya mereka kehilangan sokongan kaum Cina.

“Saya pada masa sama yakin bahawa keangkuhan kepimpinan DAP tidak akan menjamin sokongan Melayu,” kata Zaid lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPzaid ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd