• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Dipenjara 2 Tahun Atas Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang sarjan polis dihukum penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah daripada seorang pemilik kilang pisau.

Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan penjara lima bulan sekiranya tertuduh, Ahmad Sazali Md Desa, 55, gagal membayar denda itu.

Dalam keputusannya, Kamardin berkata, mahkamah berpuas hati rayuan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aida Adhha Abu Bakar mempunyai merit dalam kes itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud bagi penangguhan pelaksanaan hukuman dengan jaminan RM10,000 bercagar sehingga rayuan selesai.

Tertuduh, Ahmad Sazali, didakwa pada 25 Oktober 2011 di Mahkamah Sesyen dan kemudian dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah Tinggi turut mengekalkan keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan.

Namun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh dipanggil membela diri. Tertuduh sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen yang sama, pada 30 Oktober 2013 dan kemudian pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi pada 7 November 2013.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa secara rasuah memperoleh wang tunai RM2,000 daripada pemilik kilang itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan dan melepaskan dua pekerja yang ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Tingkat 3, Blok B, Balai Polis Pudu, Cheras pada 12 tengah hari, 30 November 2010.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd