• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Mampu Tawan Dun Pengkalan Batu Untuk BN

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Calon UMNO mampu melaksana tugas untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata berkata jenteranya telah bergerak untuk bertemu pengundi di DUN Pengkalan Batu, yang mana PRU sebelum ini ditandingi calon Gerakan, dan maklumbalas yang diterima mereka amat menggalakan.

“UMNO Bukit Katil telah mengemukakan permohonan secara rasmi (untuk calon UMNO bertanding di DUN Pengkalan Batu) dan kini masih menunggu keputusan pucuk pimpinan parti. Kita menunggu lampu hijau daripada Presiden parti yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Jika mendapat lampu hijau sudah pasti kita menurunkan calon UMNO kali ini. Jika tidak, calon Gerakan akan diturunkan mewakili BN. Apa juga keputusannya, kita akan akur kerana yang penting BN merampas kembali kerusi DUN itu,” katanya kepada Bernama.

Dalam PRU Ke-13, DUN itu yang dikenali sebagai DUN Bachang sebelum kajian semula persempadanan pilihan raya dimenangi calon DAP, Lim Jak Wong dengan majoriti 2,672 undi mengalahkan calon BN iaitu Pengerusi Gerakan Melaka Datuk Chua Lian Chye.

Lim bagaimanapun bertindak keluar daripada DAP pada Februari tahun lepas.

DUN Pengkalan Batu, sebahagian daripada Parlimen Hang Tuah Jaya, mempunyai 21,222 pengundi dengan 65 peratus adalah pengundi Melayu, 28 peratus pengundi Cina, dan lima peratus pengundi India, selebihnya kaum lain.

Malam tadi, DAP mengumumkan akan meletakkan calon Melayu di DUN Pengkalan Batu iaitu Timbalan Pengerusi DAP Melaka Norhizam Hassan Baktee manakala PAS meletakkan Ramli Dalip bertanding di kawasan DUN itu.

Mohd Ali berkata pihaknya mempunyai beberapa calon yang berpotensi untuk diletakkan di DUN Pengkalan Batu yang terdiri daripada anggota jentera UMNO Bahagian Bukit Katil dan pegawai kanan kerajaan negeri, antaranya Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Saad Abu.

“Faktor calon merupakan faktor penting perlu diambil kira untuk memastikan pengundi memihak kepada BN. Diharapkan pengundi memberi sokongan padu kepada calon BN, matlamat kita ialah BN mesti menang di DUN Pengkalan Batu,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong bahawa kajian persempadanan semula pilihan raya memberikan kemenangan kepada BN di Parlimen Hang Tuah Jaya, Mohd Ali berkata dakwaan itu membuktikan pembangkang kurang berminat untuk berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.

“Ia mencerminkan mereka sendiri mengakui wakil pembangkang tidak melakukan kerjanya di kawasan berkenaan. Saya berharap pengundi yang kecewa selama lima tahun kembalikan semula kerusi itu kepada BN kerana banyak agenda pembangunan yang boleh dilakukan jika BN menang,” katanya.

Pada PRU Ke-13, di Parlimen Bukit Katil, yang kini dinamakan Parlimen Hang Tuah Jaya, Mohd Ali tewas kepada calon PKR Shamsul Iskandar Md Akin dengan majoriti 5,447 undi. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd