• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sabah Bijak Memilih Demi Kemakmuran

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman percaya rakyat Sabah akan membuat pilihan bijak dan terbaik pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) demi kemakmuran dan kesinambungan momentum pembangunan dan kemajuan negeri.

Beliau juga yakin rakyat Sabah akan terus memilih Barisan Nasional (BN) melihatkan keupayaan kerajaan hari ini dalam mengekalkan kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran sosial yang dikecapi rakyat selama ini.

“Berdasarkan pencapaian dan kejayaan kita dalam memacu pembangunan negeri, ia jelas membuktikan bahawa kita telah menunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat. Kita bekerja dan turun padang ke seluruh negeri sejak pembentukan kerajaan selepas pilihan raya lalu,” katanya kepada Bernama.

Katanya BN bukan parti dan pemimpin bermusim yang hanya bekerja atau turun padang menemui rakyat ketika menjelang pilihan raya sahaja.

“Kita bekerja, menyantuni rakyat di seluruh negeri iaitu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” katanya yang juga Ketua Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Sabah.

Mengenai strategi BN Sabah dalam mendepani cabaran gabungan parti pembangkang tempatan pada PRU14 ini, Musa berkata semua pemimpin dan jentera parti sentiasa diingatkan agar tidak mengambil mudah atau cepat berasa selesa serta bersikap sambil lewa.

Sebaliknya beliau mengingatkan semua pemimpin dan jentera BN agar melipat gandakan lagi usaha dan kerja parti membantu rakyat dan memberikan penjelasan mengenai apa yang telah dilakukan kerajaan yang diterajui BN selama ini.

“Dari segi strategi, sebenarnya kita tidak ada strategi tertentu kerana bagi kita selama ini, ‘strategi’ kita adalah turun padang dan membantu rakyat pada setiap masa dan musim, tanpa perlu menunggu pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan yang diterajui BN selama ini ada rekod dan fakta kejayaan serta pencapaian berbanding parti pembangkang yang cuma pandai menaburkan janji bersifat populis dan tidak realistik kepada rakyat.

“Insya-Allah dengan adanya kerjasama daripada Umno dan parti komponen BN, kita bersatu, saya percaya kita akan mengulangi kejayaan besar seperti masa lalu. Rakyat tahu kita mempunyai rekod baik, kita bekerja, kita turun padang dan mengetahui masalah rakyat.

“Jadi kita tidak alpa kerana kita tahu apa yang harus dilakukan untuk membangunkan negeri kita dan kawasan masing-masing (oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN),” katanya.

Musa berkata sudah menjadi tradisi beliau mengingatkan semua ADUN BN yang dipilih agar terus turun padang meninjau masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan segera tanpa berlengah.

“Bagi saya, orang Sabah semuanya bijak. Mereka pandai menilai mana baik dan mana buruk. Oleh itu, jangan tersilap, jangan tersalah langkah, jangan tersilap pilih kerana ini boleh mengundang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sejak beliau menerajui Sabah, BN negeri mencatat kejayaan luar biasa pada pilihan raya umum 2008 dengan menguasai 24 daripada 25 kerusi Parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri serta mengulangi kejayaan itu pada pilihan raya umum 2013 dengan memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen dan 48 daripada 60 kerusi negeri yang dipertandingkan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Datuk Seri Musa AmanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd