• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Jawab PAS Konon Parti Miskin!

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS membidas Pakatan Harapan kerana memperlekeh kemampuan parti itu bertanding 160 kerusi Parlimen kerana PAS sebuah parti yang miskin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pakatan Harapan masih gagal memahami iman ahli PAS terhadap ayat al-Quran seperti berikut:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan diri dan harta mereka (dengan bayaran) bahawa untuk mereka adalah SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah… ,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh berkata, semua pihak sedar bahawa kewangan PAS bergantung penuh kepada sifat budiman dan jihadiyah ahli dan penyokongnya.

Namun, katanya, dalam kemiskinan itu yang menyebabkan PAS tidak pernah tunduk kepada orang-orang kaya walaupun Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata beliau, Pakatan Harapan dan Mahathir menyangka mereka boleh membeli PAS sebagaimana mudahnya mereka membeli Parti Amanah Negara (PAN)

Jelas beliau, atas sebab itu PAS dituduh oleh Pakatan Harapan kononnya kaya dengan RM90 juta wang belian UMNO.

“Tun (Mahathir), beli-lah PAN. Saya tak fikir harganya mahal. Mereka pun minta dibeli. ‘Maintenance‘ pun jimat,” sindirnya.

Justeru, Nik Mohamad Abduh mengingatkan seluruh penyokong PAS bahawa Mahathir adalah pendendam nombor satu PAS.

“Semasa beliau adalah Perdana Menteri dulu, beliau gagal membeli almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sehinggalah kini, ketika Pakatan Harapan di ambang keletihan menuju kekalahan, beliau terus gagal membeli Pesiden PAS. Dendam terus membiak daripada hitamnya kesombongan,” katanya.

Pakatan Harapan dua hari lalu mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk bertanding sebanyak 160 kerusi Parlimen dalam PRU14.

Pemimpinnya, Mahfuz Omar mendakwa kononnya PAS memerlukan sekurang-kurangnya RM34.40 juta untuk bertanding di semua kerusi Parlimen yang diumumkan parti Islam itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduh Nik Azizpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd