MACAM-macam cara manusia ni nak luahkan perasaan. Terbaru, isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekoalah Rendah  (UPSR 2014) turut diekspresikan dalam bentuk troll.
Sekali pandang mungkin lawak… Punyalah tertekan, sampai muka pun sumbat dalam beg. Jangankan anak murid jer yang stress, cikgu dengan mak ayah pun sama. Semua muka duduk dalam beg!
Namun sebenarnya kesian pun ada. Simpati pada murid-murid yang kena ambil semula peperiksaan, guru-guru yang mendidik serta ibu bapa yang menjadi kekuatan kepada calon-calon peperiksaan ini. Isu membocorkan kertas peperiksaan ini tidak harus dipandang enteng. Ia adalah isu jenyah kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan!
Kepada semua yang terbabit dan menjadi mangsa keadaan, bersabarlah banyak-banyak. Pada pihak berkenaan, yang terlibat menyediakan kertas peperiksaan dari mula sampai sudah, ambil pengajaran dan beringat. Maklumlah lepas UPSR ini, kita ada peperiksaan PMR dan SPM pula. Harap-harap tak dengar lah lagi kebocoran sana sini. Buat buruk imej pendidikan negara saja.
Apa-apapun, kakak kawasan sebenarnya tak sabar nak tengok muka dalang kejadian ini. Dengar-dengar pihak berkuasa dah tahu siapakah gerangan penjenayahnya. Tak cukup tanah lah nak lari tu! Berani buat berani tanggung la, sendiri mau ingat yer! :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN
