• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebuah Lagi Bot Bawa Pelarian Rohingya Dikesan

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sebuah lagi bot membawa pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar dikesan di luar pantai Thailand, berkemungkinan untuk menuju ke Langkawi, Malaysia.

Bot kayu yang membawa kira-kira 60 penumpang itu pertama kali dikesan sebuah kapal Tentera Laut Diraja Thailand pada kira-kira 6 pagi semalam (waktu tempatan) berhampiran Phang Nga, di selatan Thailand.

“Lokasi terkini mereka pada 4 pagi ini ialah berdekatan Ko Racha No, tidak jauh dari Pulau Phuket. Kami percaya bot berkenaan kini berada di perairan Trang berdasarkan kelajuannya yang sederhana,” demikian satu sumber memberitahu Bernama di sini hari ini.

Sumber yang enggan dikenali itu berkata bot berkenaan belayar dengan kelajuan kira-kira 12 kilometer/jam.

Menurutnya, penumpang bot itu tidak meminta sebarang bantuan apabila dihampiri pihak berkuasa.

Beliau menganggarkan bot itu akan mengambil masa dua atau tiga hari lagi untuk sampai ke perairan Satun berhampiran sempadan maritim Thailand-Malaysia dan Langkawi.

Minggu lepas, Reuters memetik kumpulan pejuang hak asasi manusia dan beberapa sumber sebagai berkata sebuah bot Rohingya yang membawa kira-kira 70 penumpang sedang menuju ke Malaysia dari Sittwe di Negeri Rakhin, Myanmar.

Mathew Smiths daripada pertubuhan Fortify Right, yang dipetik agensi berita antarabangsa itu, berkata bot berkenaan meninggalkan Myanmar pada 12 April dan dijangka tiba di Malaysia minggu depan, dalam apa yang disifatkan beliau sebagai “perjalanan yang amat berbahaya.”

Bot terbaru bersama-sama 60 pelarian Rohingya itu merupakan bot kedua yang belayar ke perairan Malaysia dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, selepas penemuan sebuah bot yang membawa 56 pelarian Rohingya di perairan Langkawi pada 3 April.

Pelarian Rohingya yang menaiki bot itu kemudian ditahan dan dihantar ke pusat Imigresen di Kedah.

Kira-kira 700,000 anggota masyarakat Rohingya melarikan diri dari Negeri Rakhine sejak Ogos tahun lepas, sebahagian besarnya menuju ke Bangladesh, berikutan berlakunya keganasan kaum terbaru yang didakwa didalangi tentera Myanmar. – BERNAMA

Tags: Bot Pelarian Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bot Pelarian Rohingya Ditahan Dekat Langkawi

04/04/2018
0

LANGKAWI - Sebuah bot kayu yang membawa 56 orang pelarian Rohingya ditahan pasukan penguatkuasaan laut berdekatan sebuah pulau di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd