• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong BN & NGO Mahu Kerusi Parlimen Kekal

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Lebih 200 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mahu pucuk pimpinan parti menimbangkan supaya kerusi Parlimen Jelebu dikekalkan status quo kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Habibah Harun, berkata, ini kerana terdapat desas desus kononnya kerusi berkenaan akan ditandingi oleh parti komponen BN iaitu MIC.

Beliau berkata kawasan Parlimen Jelebu mempunyai sejumlah 48,634 pemilih dengan 33,836 daripada mereka adalah pengundi Melayu, 12,029 pengundi Cina dan 2,769 pengundi India.

“Kami merayu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Jelebu dikekalkan kepada UMNO.

“Kami juga tidak dapat membendung kekesalan pengundi hinggakan ada yang telah menaikkan kain rentang menolak wakil MIC dan kami amat risau jika ia menjadi kenyataan dan diterjemahkan pada PRU14 nanti,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tular di media sosial sejak dua minggu lepas kononnya kerusi berkenaan akan diserahkan kepada MIC pada PRU14.

Habibah berkata beliau amat memahami hasrat BN adalah mahu mencapai kemenangan besar pada PRU14 nanti, namun khuatir ia tidak dapat diterima sebahagian ahli dan pengundi di kawasan Parlimen itu.

“Orang muda, mereka boleh menerima tetapi bagi golongan veteran mereka sukar nak terima walaupun Pengerusi BN Jelebu (Datuk Jalaluddin Alias) telah memberi penjelasan bahawa ia demi kemenangan BN.

“Apabila ia ditukar, kami juga khuatir selain kerusi Parlimen, empat lagi DUN (Dewan Undangan Negeri) iaitu Chennah, Pertang, Klawang dan Sungai Lui juga akan tumbang,” katanya.

Beliau berkata di Jelebu, tidak pernah dalam sejarah berlaku pertukaran kerusi.

Pada PRU13, BN menguasai Parlimen Jelebu dan tiga DUN di bawahnya iaitu Pertang, Sungai Lui dan Klawang manakala Chennah disandang DAP. – BERNAMA

Tags: BNNGO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd