• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Comel Ini Popular Selepas Terjatuh Di Runway

oleh Haris
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang model, perkara yang paling mahu dielakkan mereka tentu adalah pengalaman terjatuh di atas runway atau landasan ketika sedang berjalan memperagakan sesuatu fesyen.

Ia dianggap memalukan oleh segelintir model kerana gagal melakukan tugas mereka dengan baik dan dikatakan boleh memberi impak kepada karier seseorang model itu pada masa depan.

Namun bagi model kanak-kanak lelaki ini, hidupnya sekelip mata berubah menjadi bintang popular di Internet selepas rakaman video dia terjatuh ketika berjalan di runway di sebuah pertunjukan fesyen kanak-kanak di Shanghai, China tular di media sosial.

Dalam kejadian minggu lalu itu, ketika tiba giliran Zhang Yaoyang, seorang model kanak-kanak berusia empat tahun untuk berjalan di atas landasan peragaan itu, dia bertindak berjalan terus ke arah dua orang kanak-kanak yang sedang berpimpin tangan.

Difahamkan dua orang model kanak-kanak itu diarahkan oleh penganjur untuk tidak melepaskan pegangan tangan mereka ketika sedang berjalan catwalk di atas landasan.

Melihat situasi itu, Zhang dilihat seperti sengaja melalui di bahagian tengah landasan untuk meleraikan pegangan tangan kedua kanak-kanak itu dan menyebabkan mereka berlanggar di atas pentas.

Pelanggaran itu menyebabkan Zhang dan rakan modelnya itu terjatuh, namun dengan reaksi yang selamba dan comel, Zhang bingkas bangun meneruskan catwalknya dengan senyuman.

Tidak seperti kanak-kanak lain yang akan menangis dan hilang fokus disebabkan pelanggaran itu, Zhao kekal tenang dan berjaya menghabiskan gilirannya dengan reaksi muka yang comel dan nakal.

Kejadian itu nyata membuatkan nama Zhang semakin dikenali disebabkan reaksi yang diberikannya selepas terjatuh itu menggelikan hati netizen di seluruh dunia.

Video mereka terjatuh itu kemudiannya tular di media sosial dengan rata-rata pengguna Internet terhibur dengan gelagat comel dan lucu oleh model-model cilik itu.

Disebabkan insiden itu juga, Zhang kini mempunyai lebih daripada 12,000 pengikut di laman aplikasi yang popular di China, Weibo.

Zhang boleh dikirakan sebagai model kanak-kanak yang agak berpengalaman apabila telah ceburi bidang peragaan fesyen kanak-kanak sejak dua tahun lalu, namun ini merupakan kali pertama dia terjatuh di atas runway.

Mujurlah Zhang terjatuh, jika tidak, seluruh dunia tidak dapat mengenali seorang model cilik yang comel dan licik ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Chinakanak-kanakmodel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd