• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar PAN Bukan Sebab Tidak Dicalonkan – Jaafar

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin berkata tidak tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bukanlah faktor yang dorong beliau keluar daripada parti itu.

Jaafar berkata sebab utama beliau berbuat demikian ialah kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti tersebut yang jelas tidak begitu menghiraukan suara anggota parti serta beberapa alasan peribadi.

“Kalau suara sebagai anggota mahupun yang berjawatan penting dalam parti langsung tidak dihiraukan kepimpinan, apa gunanya lagi berada dalam parti,” kata Jaafar.

Beliau semalam dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya itu secara mengejut kepada PAN negeri dan nasional sebelum memutuskan untuk turut keluar langsung daripada parti serpihan PAS tersebut.

Jaafar yang keluar daripada PAS dan menyertai PAN pada 2016, turut menegaskan bahawa kurangnya sikap saling menghormati, tidak mendengar pendapat sesama sendiri termasuk daripada akar umbi dan kecelaruan arah tuju perjuangan, antara faktor penarikan dirinya daripada terus menerajui jentera serta menganggotai parti berkenaan.

“Saya diberi jawatan penting untuk menghadapi pilihan raya, tetapi suara dan pendapat saya tidak didengari dan dihormati kepimpinan serta anggota parti, saya rasa tidak berguna lagilah saya memegang jawatan itu. Malah suara saya sebagai anggota parti juga tidak dihiraukan.

“Saya memegang amanah (jawatan) yang diberikan dan melaksanakannya menggunakan segala pengalaman yang saya ada, tetapi ada pula yang datang mendabik dada mempertikai kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, beliau juga amat kesal dengan PAN kerana pada saat-saat akhir menjelang PRU14, keadaan dalaman parti masih kucar-kacir apabila ramai kalangan anggota sedang cuba ‘tunjuk pandai’.

Katanya, gelaran ‘kolot’ dan ketinggalan zaman yang dilemparkan kepada beliau selaku pengarah pilihan raya dilihat menjejaskan imejnya sedangkan gerak kerja yang diatur bagi menghadapi perang PRU14 bukan sekadar menjadi tukang sorak.

“Dalam pilihan raya, kita kena cepat, cekap, sebab itu saya guna pengalaman saya bagi penerangan serta bukti-buktinya. Kita bukan nak buat politik lebih kurang, namun ramai yang nak tunjuk pandai… Ini harus segera diperbetulkan,” katanya.

Mengakui tidak berdendam dengan PAN walaupun melepaskan jawatan penting dalam dalam parti itu, Jaafar berkata beliau tidak rancang untuk menyertai parti politik lain sungguhpun ada pihak datang berjumpa dengannya.

Katanya, setakat ini, beliau memilih untuk berehat daripada dunia politik dan menghabiskan masa bersama keluarga namun jika ada pihak memerlukan pendapat, beliau sedia memberi sumbangan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: PANPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd