• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selaras Lafaz Baiah Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – PAS menyelaraskan lafaz baiah terhadap semua calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini termasuk mengenai lafaz taklik cerai talak tiga, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura memutuskan tidak ada perbezaan baiah di antara semua negeri termasuk Kelantan yang membuat tambahan lafaz taklik cerai talak tiga sebagaimana yang dilaksanakan pada PRU13.

“Manakala bagi parti komponen dalam Gagasan Sejahtera dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula, mereka akan menandatangani surat aku janji untuk patuh dan setia pada pilihan rakyat, tidak khianat dan istiqamah dengan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Pra Pengisytiharan Calon di perkarangan Pasar Wakaf Bharu di sini, Rabu malam.

Katanya majlis melafaz baiah dan menandatangani akur janji itu akan diadakan sehari sebelum hari penamaan calon pada 28 April ini.

“Biasanya calon yang sudah disahkan bertanding akan dikumpulkan bersama (di setiap negeri) sebelum taklimat presiden dibacakan. Kemudian kita bagi watikah bersama dengan baiah sebelum ia ditandatangani oleh calon,” katanya.

Ditanya mengenai antara faktor yang menyebabkan seseorang calon itu digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya umum, Tuan Ibrahim berkata ia bukan disebabkan oleh prestasi calon tersebut.

“Tetapi kerana ada yang dah lama berkhidmat, ada yang tarik diri serta nak beri peluang kepada orang baharu untuk berkhidmat,” katanya.

Sebelum ini, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim digugurkan daripada senarai calon yang akan bertanding mewakili PAS pada PRU14 selepas tiga penggal berkhidmat di kawasan tersebut. – BERNAMA

Tags: PASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd