• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Gaza Hilang Kaki, Impian Sukan Asia Musnah

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Impian seorang pelumba basikal untuk kibar bendera Palestin di Sukan Asia lebur apabila terkena peluru Israel menyebabkan beliau kehilangan kaki di sempadan Gaza.

Kaki kanan Alaa Al-Daly, 21, terpaksa dipotong selepas menyertai hari pertama ‘Perarakan Kebangkitan Besar’, iaitu tunjuk perasaan selama enam minggu berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza yang dikuasai pejuang Islam Hamas dan Israel.

Keluarganya meminta beliau dibawa keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik di Tebing Barat atau Israel, namun gagal kerana pihak berkuasa Israel menganggap Daly sebagai perusuh dan pemberontak.

Pegawai perubatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 16 warga Palestin terbunuh pada 30 Mac lalu, hari sama Daly ditembak manakala 17 lagi yang cedera perlu menjalani pemotongan anggota.

Daly yang sebelum ini berlatih lebih enam jam sehari sejak berbulan lalu sebagai persediaan ke temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia, menerima hakikat bahawa impiannya sudah berakhir.

Namun beliau kini sedang belajar berjalan menggunakan tongkat dan berharap akan dapat menyertai pertandingan di masa akan datang sebagai seorang atlit orang kelainan upaya (OKU). – Reuters/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: atletPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd