• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Platform Akses Pasaran Industri Perikanan

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal menyediakan sistem pengangkutan yang lebih pantas dan menjimatkan untuk memasarkan hasil perikanan dari Pantai Timur Semenanjung, kata Jabatan Perikanan.

Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Munir Mohd Nawi berkata stesen ECRL yang akan dibina di Tok Bali, Kelantan, merupakan antara bandar perikanan terpenting di Pantai Timur.

“Pembinaan ECRL dan Lebuh Raya Pantai Timur fasa dua bakal menjadikan kawasan Tok Bali sebagai pintu keluar untuk kedua-dua sistem pengangkutan tersebut.

“Dengan trend peningkatan hasil pendaratan ikan sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Pelabuhan Tok Bali yang bakal menjadi hab perikanan laut dalam, perlu mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan itu menjangkakan pembinaan ECRL akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat, khususnya di sekitar pelabuhan berkenaan, selain akses kepada pemasaran produk-produk perikanan ke pasaran di luar Kelantan.

Menerusi sistem pengangkutan yang lebih pantas dan efisien, kos pengusaha juga dijangkakan dapat dijimatkan, seterusnya menghasilkan bekalan ikan yang lebih segar dan murah untuk pengguna di bandar-bandar di Pantai Barat.

“Projek itu juga akan membangunkan dan mengembangkan lagi sektor perikanan di sepanjang rantaian nilai yang melibatkan industri hiliran dan agromakanan,” katanya.

Jabatan Perikanan turut mencadangkan supaya Pelabuhan Tok Bali dilengkapi kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bilik sejuk beku untuk simpanan stok bekalan ikan, khususnya untuk menampung penurunan pendaratan ikan pada musim tertentu seperti tengkujuh yang menyebabkan kekurangan bekalan ikan.

“Melalui ECRL, bekalan stok ikan yang kita simpan ini dapat dipasarkan ke negeri-negeri Pantai Barat selain untuk kegunaan penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Munir Mohd Nawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem ‘QR Code’ Kenal Pasti Bot Nelayan

26/02/2018
0

PASIR PUTEH – Jabatan Perikanan akan menggunakan sistem Quick Response (QR) Code untuk bot-bot nelayan yang beroperasi di Zon C2...

Rumpai Laut Sabah Tembusi Pasaran Antarabangsa

13/02/2018
0

SEMPORNA - Industri rumpai laut Sabah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan China, Filipina dan Jepun antara negara pengimport hasil laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd