• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Interim Siasatan MH370 Pada 7 Mac – Aziz Kaprawi

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan interim berhubung hasil siasatan berkaitan Penerbangan MH370 pada 7 Mac ini, setahun selepas pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata butiran dalam laporan itu akan diumumkan menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum dimuat naik ke laman web Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Kami akan mengeluarkan laporan interim pada 7 Mac dan kami bersedia dengannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bengkel Keselamatan Penerbangan Rantau Asia Tenggara di sini hari ini.

“Laporan interim itu ada kaitan dengan apa yang telah kami peroleh, dapatan daripada siasatan itu,” katanya.

Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan dan pencarian pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Usaha mencari pesawat jenis Boeing 777 itu dilakukan di selatan Lautan Hindi, lokasi penerbangan itu dipercayai berakhir selepas tersasar daripada laluan asal ke Beijing.

Ditanya sama ada kerajaan akan memuktamadkan status pesawat itu selepas mengeluarkan laporan interim berkenaan, Ab Aziz berkata perkara itu jika ada, akan diumumkan kelak.

“Soal pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal juga akan ditentukan selepas status pesawat itu diumumkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd