• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50% Daripada 1,500 Berita Palsu Disiasat

oleh AK-47
18/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat lebih 50 peratus daripada keseluruhan 1,500 berita palsu yang dijawab menerusi portal sebenarnya.my.

Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata daripada jumlah tersebut, suruhanjaya itu telah mendakwa 40 individu dengan 99 peratus daripada mereka adalah rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara dan selebihnya tinggal di luar negara.

“Daripada 40 individu itu, hanya 10 orang yang telah dihukum di mahkamah berikutan proses pendakwaan memakan masa yang lama,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Malaysia ICT Volunteer (MIV) di Universiti Multimedia (MMU) di sini, hari ini.

Mazlan berkata MCMC juga tidak menolak kemungkinan adanya ‘kilang’ bagi menghasilkan berita palsu di negara ini susulan pemerhatian suruhanjaya itu terhadap trend serangan berita terbabit.

“Kebanyakannya menyerang agensi kerajaan seperti yang berkaitan dengan Islam, orang Melayu dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Seperti ada dalang di belakangnya,” katanya.

Mazlan berkata MCMC bagaimanapun menghadapi kesukaran dalam mengesan pihak pertama yang menyebarkan berita palsu terbabit memandangkan kira-kira 30 peratus daripada kes tersebut menggunakan akaun media sosial palsu.

“Ada akaun bila dah tular (berita palsu), ia akan tutup serta merta macam perang gerila. Bila kita semak dengan platform seperti Facebook dan sebagainya, akaun itu sudah tiada,” katanya.

Ditanya mengenai penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803), Mazlan berkata buat masa ini, pendakwaan masih tidak dapat dijalankan mengikut akta itu.

“Banyak yang perlu dimuktamadkan termasuk koordinasi antara agensi terlibat dari segi prosedur operasi standard dan sebagainya. Selepas itu, baru kita boleh kuat kuasakan,” jelasnya.

Mazlan berkata buat masa ini, pendakwaan dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 233). – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Dr Mazlan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd