• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Beruntung Dalam Era Najib – Musa

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Sabah beruntung dalam era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak peruntukan pembangunan termasuk dalam sektor pendidikan disalurkan ke negeri ini semenjak beliau menerajui pentadbiran negara, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Musa berkata keprihatinan Najib terserlah tidak hanya kepada Sabah tetapi juga Sarawak apabila perdana menteri sentiasa peka untuk menyalurkan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kerana menyedari kedua-duanya adalah negeri besar dan memerlukan peruntukan banyak bagi pembangunan.

Mengambil contoh peruntukan RM1 bilion membaiki sekolah daif di Sabah, Musa berkata, belum pernah ada perdana menteri dan menteri kewangan sebelum Najib memberi peruntukan besar seperti itu, namun, dalam era Najib, sektor pembangunan pendidikan Sabah semakin diberi perhatian.

“Sebagai ketua menteri, saya sedar bahawa kita memerlukan pembangunan ini. Dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) adalah era yang untung (untuk Sabah) kerana permintaan (peruntukan) kita diberikan bagi membantu rakyat termasuk dalam pendidikan.

“Peruntukan (RM1 bilion membaiki sekolah daif di Sabah) itu bukan sikit tetapi perdana menteri memberi peruntukan tersebut. Beliau adalah seorang perdana menteri berjiwa besar,” katanya berucap merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Kompleks Sukan Ranau, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang juga Exco Pendidikan negeri, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul.

Musa berkata Sabah perlu terus menyokong dan menghargai usaha kerajaan selama ini kerana Sabah kini berada pada landasan tepat dan terbaik untuk terus memacu pembangunan fizikal dan juga modal insan ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat.

“Orang Sabah pintar dan baik hati. Jika kerajaan dan pemimpin itu baik sentiasa menolong rakyat, maka (orang Sabah) akan membalas budi dengan kebaikan,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Guru, Musa berkata, kerajaan negeri melahirkan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan pendidik di Sabah atas komitmen cemerlang mereka melahirkan modal insan berkualiti, berilmu dan berkeperibadian tinggi di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan terhadap apa juga perancangan serta komitmen yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Maimunah ketika berucap berkata, sebanyak 120 buah sekolah daif di Sabah sedang dibaik pulih menggunakan kaedah pembinaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) sejak awal tahun ini.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan anugerah tokoh guru peringkat negeri kepada dua penerima masing-masing bekas Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Kaipin Rosmin dan bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael Penampang, Marie Yong Pik Hua. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd