• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaihani Tampil Penjelasan Isu Hina Orang Gemuk

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS diasak pelbagai kritikan kecaman dan komen daripada pelbagai pihak berhubung kenyataannya yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.

Pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain hari ini tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan. Status di laman Facebook miliknya yang tular itu sebenarnya tidak ditujukan kepada sesiapa.

Sebaliknya dia menegaskan bahawa entri tersebut hanya sekadar keluhan terhadap apa yang berlaku kepadanya dalam sebuah pertunjukan fesyen.

“Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan. Saya tidak tuju status tersebut kepada sesiapa mahupun menasihati atau menegur mana-mana pihak.

“Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!” tegas Zaihani dipetik Astro Gempak.

Jelasnya, dia hanya berkongsi keluhan berkenaan dengan kenalan rapat sahaja namun tidak menyangka entri berkenaan disalah erti oleh masyarakat dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Tambah Zaihani, berat 60 kilogram itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahannya ketika acara terbabit.

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kilogram itu sekadar anggaran saya. Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram.

“Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa. 

“Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral,” jelas wanita tersebut.

Katanya lagi, dia tidak teragak-agak untuk menegur perbuatan itu sekiranya individu yang duduk bersebelahannya adalah sahabat sendiri selain turut mengaku hal itu sering berlaku setiap kali menghadiri acara besar.

Baca: Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak

Terdahulu, Zaihani telah memuat naik status yang mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.

Difahamkan, penggiat fesyen tersebut meluahkan ketidak selesaan itu selepas duduk bersebelahan dengan individu bertubuh besar dalam sebuah pertunjukan fesyen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Lahir Buat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Lahir Buat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

15/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri baginda, Che’ Puan...

Tok Mat Umum BN Negeri Sembilan Adakan Persefahaman Dengan Kawan Boleh Dipercayai

Tok Mat Umum BN Negeri Sembilan Adakan Persefahaman Dengan Kawan Boleh Dipercayai

15/07/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) malam ini hanya mengumumkan seramai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd