• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemuda Didakwa Rompak Stesen Minyak Guna Parang

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pekerja kontrak mencuci tingkap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan parang di sebuah stesen minyak di Cheras, di sini pada Selasa lepas.

Muhammad Nabil Fiqri Mohd Azman, 20, dan Muhammad Syafiq Amran Basir, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mereka didakwa merompak juruwang Nor Izza Farisha Mohd Pauzi, 21, dan merompak dua peti mesin wang milik stesen minyak Petron menggunakan parang di Lebuhraya Besraya Mines North Rest Area, Cheras, di sini pada 12 tengah hari, 10 April 2018

Kedua-dua pemuda itu dituduh mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Farith Mohammad Faizal meminta mahkamah supaya tidak memberikan jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana perbuatan mereka adalah ganas serta dilakukan di hadapan orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Muhammad Syafiq berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan, berkelakuan baik dalam tempoh jaminan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, Muhammad Nabil Fiqri tidak dibenarkan ikat jamin kerana penjaminnya tidak hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd