• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Minta Rasuah, Isteri Menyamar Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas tuduhan meminta rasuah dan menyamar sebagai penjawat awam.

Penolong Pegawai Kesihatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) David @ Divi Jasni, 37, mengaku meminta rasuah RM200 daripada Lui Oi Yee di sebuah restoran di Jalan Pantai Cafe di sini pada kira-kira 11.20 pagi 29 Julai tahun lepas sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap premis Lui.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan 25 Mei sebagai tarikh menjatuhi hukuman selepas David, bapa kepada enam anak, memohon agar dia diberi masa untuk mendapatkan wang bagi membayar denda minimum bagi kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun penjara serta denda hingga lima kali lebih tinggi daripada jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Abu Bakar menetapkan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin.

Sementara itu, isteri, David, Liah Moen, 35, didenda RM300 atau 10 hari penjara oleh mahkamah sama selepas dia mengaku bersalah memakai pakaian yang menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi pegawai kesihatan DBKK di tempat serta pada masa dan tarikh sama.

Tuduhan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda hingga RM400 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala pasangan itu tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd