• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lompat Kawasan Bukti Gagal Tunai Tanggungjawab

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Taktik pembangkang yang kerap menukar kawasan bertanding pada pilihan raya membuktikan mereka melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji sebagai wakil rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan pembangkang ‘melompat kawasan’ selepas menabur janji namun gagal menunaikannya menyebabkan sokongan rakyat kepada mereka semakin tipis di sesuatu kawasan.

Menurutnya, tindakan meletakkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebagai calon kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menyandang Parlimen Taiping sebelum ini membuktikan pemimpin tersebut bakal kalah jika bertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya kali ini.

“Ini menunjukkan masyarakat di Taiping telah menolak dia (Nga) dan dia tahu kalau dia kekal di Taiping kemungkinan besar dia kalah. Dulu dia janji macam-macam dan dia tidak tunaikan menyebabkan orang Taiping marah.

“Itu (lompat kawasan) sebagai tanda bahawa dia tidak diterima termasuk sokongan terhadap DAP jadi dia datang ke Teluk Intan supaya dia boleh tipu orang Teluk Intan pula,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah di sini hari ini.

Tajuddin berkata demikian bagi mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai Nga yang akan bertanding di Parlimen Teluk Intan dalam ceramah Pakatan Harapan semepena pelancaran jentera pilihan raya parlimen berkenaan oleh pakatan pembangkang semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga penyandang Parlimen Pasir Salak turut menasihati pengundi agar mengkaji terlebih dahulu rekod dan latar belakang calon pembangkang yang kerap bertukar kawasan bertanding supaya tidak tertipu dengan janji yang diberikan.

Tajuddin berkata rakyat perlu tahu menilai dan jangan mudah dipermainkan dengan janji-janji yang dimanipulasi bagi meraih undi rakyat.

“Saya sedih sesetengah pengundi mudah sangat dimanipulasi oleh ahli politik sebegini. Mereka janji macam-macam tapi dalam tempoh lima tahun ini, apa yang mereka buat. Jadi, kaji dulu apa jasa dan rekod Nga Kor Ming sebagai Anggota Parlimen di Taiping dan saya jamin dia tidak akan buat apa-apa (pembangunan) pun di Teluk Intan nanti,” katanya.

Parlimen Teluk Intan kini disandang Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang sebelum ini merampas kerusi parlimen berkenaan daripada DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2014 selepas penyandangnya, Seah Leong Peng, meninggal dunia pada 1 Mei 2014.

Dalam PRK itu, Mah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan hanya majoriti 238 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahmanpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd