• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kenya Belajar, Hafal Al-Quran Guna Papan Kayu

oleh
17/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM kitab suci al-Quran dikumpul dan dibukukan, para sahabat semasa zaman Rasulullah telah menulis ayat-ayat al-Quran di pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain oleh kerana kertas masih belum dicipta.

Manakala semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, al-Quran telah mula dikumpulkan dalam bentuk lembaran suhuf dengan penambahan baik penulisan al-Quran pada zaman berikutnya sehinggalah al-Quran ditulis dengan sangat cantik dan dapat dipelajari oleh umat Islam masa kini.

Teknologi yang kian berkembang telah berupaya menghasilkan al-Quran dalam bentuk digital dan boleh diakses melalui telefon pintar sekali gus memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kalam suci tersebut, selain boleh dibawa ke mana-mana tempat.

Pun begitu, keadaan yang sebaliknya berlaku di Kenya apabila saudara Islam di sana tidak dapat merasai kemudahan sepertimana beruntungnya kita di negara ini.

Lapor sebuah akhbar tempatan, seorang pendakwah terkenal kelahiran Afrika Selatan, Sheikh Sulaiman Moola datang ke sebuah bilik darjah di Kibusu yang terletak di sebuah gurun di Kenya mendapati kesungguhan kanak-kanak di situ mempelajari al-Quran walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Sumber : Ilmfeed

Video yang dimuat-naik di saluran Youtube Ilmfeed memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak di sana fasih membaca ayat al-Quran yang dihafaznya malah boleh menulis ayat tersebut di sekeping papan kayu tanpa sebarang rujukan dan akan dicuci semula untuk menulis ayat seterusnya.

Tindakan tersebut ibarat kembali pada masa zaman para sahabat dahulu, tiada pen dan buku membantu pembelajaran mereka.

Kanak-kanak itu hanya duduk di atas lantai dan belajar dalam keadaan cuaca panas di sebuah gudang yang ditinggalkan tanpa kemudahan asas seperti kipas, kerusi dan meja.

Dalam tinjauan tersebut, Sheikh Sulaiman mendapati pembelajaran yang serba kekurangan tersebut tidak menghalang pelajar-pelajar benua Afrika itu untuk mempelajari al-Quran sehingga sudah menghafal sebanyak lima juzuk.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa Allah memberi keistimewaan kepada saya untuk duduk dalam kalangan anak muda ini yang suci, bersih dan membaca serta menghafal al-Quran.

“Mereka menulis ayat al-Quran, kemudian menghafalnya lalu memadamkan papan tersebut dan pada keesokan harinya mereka melakukan perkara sama tanpa rasa jemu,”

“Sebuah al-Quran milik kita mungkin diabai atau ditinggalkan di atas rak untuk masa yang lama tetapi anak-anak ini tidak mempunyai keistimewaan itu,” kata Sheikh Sulaiman.

Sheikh Sulaiman Moola Seorang pendakwah terkenal kelahiran Afrika Selatan,

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turut sama-sama komited membaca al-Quran selain memberi bantuan serta derma kepada projek-projek sebegini.

Sheikh Sulaiman kini merupakan sebahagian daripada pasukan Yayasan Al-Imdaad yang bertugas di Kenya bagi melaksanakan projek-projek kebajikan dengan pejabat Yayasan Al-Imdaad di sana.

Antara projek dan bantuan yang telah dijalankan adalah mengedarkan bantuan bekalan makanan dan minuman di kawasan terjejas.

Individu Muslim yang hidup serba lengkap di Malaysia sepatutnya perbanyakan membaca al-Quran dan berusaha mengamalkan apa yang dinyatakan dalam kitab suci itu.

Sabda Rasullullah s.a.w.:-

“Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada al-Quran walaupun sedikit, seperti rumah yang telah usang.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kanak-kanak Kenya yang mempelajari dan menghafal al-Quran tersebut telah menunjukkan kepada kita kehidupan serba tidak lengkap bukan menjadi penghalang untuk mendalami al-Quran. Bak kata pepatah Melayu, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Al-QuranKenyapelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd