• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Batalkan Saman Anina Terhadap PM

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin untuk kebenaran merayu dalam saman tort misfeasans dalam jawatan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif yang mengetuai panel tiga hakim juga membenarkan permohonan peguam Anina, Irzan Iswad untuk melepaskan diri daripada mewakilinya.

Irzan, yang menyebut perkara itu bagi pihak peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla juga memberitahu mahkamah bahawa kertas sebab telah dihantar kepada Anina pada 5 Mac tahun ini tetapi beliau tidak hadir di mahkamah hari ini.

Irzan berkata beliau diberitahu bahawa Anina tidak membantah terhadap permohonan untuk melepaskan diri daripada mewakilinya.

Hakim-hakim lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali.

Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, menuduh beliau (Najib) telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan bertindak melanggar tugas fidusiarinya berhubung pengurusan dana pelaburan sovereign 1MDB.

Pada 28 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib membatalkan saman itu, dengan memutuskan bahawa perdana menteri bukan seorang pegawai awam tetapi anggota pentadbiran.

Pada 30 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dikemukakan Dr. Mahathir, Khairuddin dan Anina, menyebabkan mereka memfail permohonan bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan .

Pada 27 Februari, tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Raus juga menolak permohonan Dr. Mahathir dan Khairuddin untuk kebenaran membuat rayuan.

Raus menetapkan hari ini (16 April) bagi mendengar permohonan peguam Anina untuk melepaskan diri daripada mewakili beliau. – BERNAMA

Tags: Rayuansaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd